Panas!..

ASAM GELUGOR A.K.A ASAM KEPING

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

Salam 1 Malaysia

Jum share2 pasal benda ni…banyak khasiat dan sedap simpan dalam makanan..sapa setuju…angkat jari dan taipkan komen..ahaks!!





Pokok Asam Gelugor


Bunga Asam Gelugor

Buah Asam Gelugor Muda


Asam Gelugor yang sudah kering (Asam Keping)
Fakta tentang Asam Gelugor

Asam gelugur atau asam keping (garcinia atroviridis) ialah sejenis pokok hutan hujan yang besar berkayu dan mempunyai dahan yang tumbuh berpusar pada bahagian batang pokoknya. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Bunga buah asam gelugur ini keluar di hujung dahan dan bersaiz besar. Asam gelugur yang telah diproses dijadikan bahan tambah atau bahan perisa dalam masakan Melayu. Pokok ini berasal dari tanah besar Asia Tenggara.
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.

ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.
Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.
Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.
Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.
l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam

Sumber : Wikipedia dan Utusan Malaysia


"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

16 comments

  1. wahhh nice bro!

    Terkini : Rumah Berbentuk Telur | 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

  2. thanks sharing…tak pernah tengok pokok asam gelugur secara LIVE..tahu buahnya je..

  3. ooooooh…..bez info ni. ^^

  4. StellaClaire-Richard

    Begitu pula buah asam gelugur.. Saya tidak pernah nmpk owh.. Thanks for sharing this. Dari ko juga baru sya tau. Nice info..keep it up Ellen.. :)

  5. oo.. itu ke bunga and pokoknya.. tq sharing~

  6. Sumandak Kinabalu

    First time tahu pokok asam gelugur…
    Sedap nie kalau campur dalam masakkan ikan ampap :)

  7. oh alah..hari tu masa kat MAHA kak ct ternampak tapi kak ct beli asam jawa madu…besar jugak pokoknya tu nanti.

    thanks for the info.

  8. tak sangka banyak juga khasiat asam keping ni..he he

  9. Qaseh dalia adelia

    xleh tgk asam keping ni ase kecurrr..sbb bau die kan kdg2 masam sgt haha

  10. Sedapnya kalau buat laksa, suka makan asam keping…

    Ellen di tag utk sertai contest

    http://azilas.blogspot.com/2010/12/contest-terjah-dan-geledah.html

  11. my mom suka asam keping ni.. klu sakit tekak, dia rendam ni asam keping utk diminum.. :D

  12. wah… bgus info nih

  13. masa kecik2 dulu saya pernah makan buah asam gelugur ni.
    pastu mabuk..
    hehehhe

  14. daun asam gelugur bleh digulai dengan ikan, best..

    Latest Entri :
    1)Cerita Pura-Pura
    2)Kena Denda Gara-Gara Bergaduh Depan IPD

  15. Ellen.. baca sambil berliur nih.. macam nak ke dapur jerk amik asam keping..heheheh!!

  16. Banyak kebaikan rupanya asam keping ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top