Ambuyat

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Pernah makan ambuyat? Ni kalo tanya dengan Krole mesti dia nak pulang sekarang juga ke Sabah tu..hehe…

Entry ni juga Ellen dedicate untuk Uncle , dah janji ngan dia nak hantar sagu ni tapi lum ada kesempatan..sabar ya uncle..hehe…

Ambuyat??Mungkin namanya agak pelik untuk sesetengah orang tetapi bagi masyarakat Sabah dan Brunei, ambuyat merupakan sajian makanan yang menyelerakan.

Ambuyat merupakan sajian utama penduduk tempatan terutama kaum Bisaya dan Brunei selepas nasi.

Pinjam pacik Google….Gambar Ambuyat yang telah dibuat.


Bagaimanapun, hidangan ini juga tidak asing bagi masyarakat Melayu, Bajau, Kadazandusun dan Murut yang turut gemar memakan ambuyat.

Cara penyediaan ambuyat ini tidaklah sukar kerana bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah iaitu tepung sagu dan ia boleh dicecah dengan kuah mengikut cita rasa masing-masing.

Sedapnya Ambuyat tu…hehe 
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Untuk menghasilkan ambuyat, tepung sagu (ni bukan tepung sagu besa ..kat sabah ia dipanggil juga dengan tepung sagu rumbia sebab dibuat dari pokok rumbia), digaul bersama air panas yang mendidih hingga menjadikannya kental dan kembang kerana ambuyat ini pada kebiasaannya dimakan menggunakan kayu sepit.

Tepung sagu  Rumbia ni besanya dijual di pasar2 atau tamu2 dengan harga RM2.00 sebungkus..


Penggunaan kayu sepit itu bagi membolehkan ambuyat yang kental itu dipusing dan terbelit pada kayu tadi.

Penyediaan kuah atau cecah untuk dimakan bersama ambuyat adalah satu kemestian kerana rasa ambuyat agak tawar dan ia lazat dimakan ketika masih panas.

Namun, kelazatan ambuyat bergantung kepada keenakan jenis kuahnya. Ada yang memakan ambuyat dengan kari atau air rebus putih ikan tongkol, tenggiri dan senangin yang dicampur sayur dan cili merah.

Menariknya, ambuyat tidak perlu dikunyah sebaliknya ia perlu terus ditelan begitu sahaja.


p/s..terus rasa cam nak makan ja masa ni…nyum2…

Incoming search terms:

Comments

  1. sally luvluv says:

    teringin nk makan . . kumpul semua family lps tue makan ramai2 . . huhu

  2. Melati Qistyna's Mummy says:

    owh….gitu… tp masa kekecik mak kite slalu masak sagu makan ngan santan ngan gula merah :) tah ape nama nyer xtau lak :P

  3. Yezza.. Bisaya mareh.. ahakz.. uish.. punya lama xmakan ni barang.. ahakz.. time di asrama dulu ada juga kami buat.. ahakz..

  4. PERNAH LAH BAH.. HEHE

  5. tak pernah la makan ambuyat ni. Kuih cincin pun baruuuuuuu je mak try test rasa makan 2-3 ari lepas. Diberikan oleh kwn2 pakcik tu..

    Err..sedap ke ambuyat ni ellen??

  6. FasiHaH SupiaN says:

    pernah dengar..tapi tak pernah makan……

  7. Arissa Zoela says:

    aduh….teringinnnnnn

  8. Yui_Wani says:

    Pernah…tapi tak suke sangat…xD walaupun takde rase…tapi yang bez tengok dye macam gam…xD

  9. Hot Mama says:

    tiba2 teringin mo mkn pula ambuyat ni lepas bc n3 ko ellen..hehehe
    tp kan nda pulak aku pndai guna sepit dia tu..aku guna garpu ja..hahahaha

  10. sagu ja kami panggil tu.. sungkil guna sumpit.. hihihi..

  11. kt sni..ada satu kedai ada jual..tp pggl sumsum rasa ye..

  12. pernah merajuk seminggu sebab mengidam makan ambuyat tapi tiada jual d tawau ni.kalau d kk berlambak ja ada.last2 masak kanji sebagai pengganti.tahan cuma seminggu.bila my sis kirim dari kk(sampai 5 bungkus)terus masak 2 bungkus.makan sampai tak ingat dunia.

  13. Miza Yusof says:

    uninya nama makanan ni. teringin nak makan.. nampak menarik :)

  14. wuahhh indunya nak makan…hehehe smua info sal ambuyat mmang tepat ellen~ngeeee,krole bisaya…so ambuyat ni mmg makann fevret r~ngeee,thanks ellen…x sabar nak lik kmpong..mngkn kalo de rezki bln 3 kot ngeee~

  15. tak pernah mkan pun..
    nampak macam gam pun ada kan??
    heheh

  16. cam sedap jer..ingatkan nama org ambuyat tu..hehehe :)

  17. loLaa_Nurafizza says:

    xpernah makan ambuyat nih..kalau telan,,xtercekik ker?

  18. Trus otometik aku teringat 1st time aku makan ambuyat.. muahahahaa…
    Funny actually..
    Time tu aku nda ingat la aku darjah berapa.. Tapi time tu kami masih tinggal d rumah biru (sila rujuk post aku pasal ni rumah)..
    Time tu aku main d rumah jiran aku, kebetulan durang bikin ambuyat and kasi makan aku.. aku nangis2 balik rumah kastau my mum.. "Ibu, durang si Joe kasi makan aku gam!" Ahahahaha! Palagi my mum mo pigi serang durang kenen.. tau2 sampai sana, dia pun join sekaki makan tu ambuyat! Punya lah aku heran time tu… hahahahahahahha!

  19. AngahSayang2314 says:

    macam sedap jerrrrrr..ellen nanti angah ke sana leh la bg angah rasa….

  20. hahah ingat jugak ko kat uncle ek..pasal ambuyat tu uncle tak kisah pun…nak antar ke tidak itu tak penting..alaaa masa tu mmg gian..apa-apa pun boleh dicakap hahahah … take ur time…uncle nak belek komen kamu yang tekini pula..kasihan tgk kamu terpaksa mohon maaf kepada semua yang menyertai GA ….sabar ek

  21. puteri says:

    dekat kuching kedai mana ada jual tepung sagu rumbai? ad sape2 tahu x?

Speak Your Mind

*