Bonus Tabung Haji Tinggi pada Tahun ini.

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan bonus itu hasil keuntungan sebanyak RM1.5 bilion yang diperoleh agensi itu tahun lepas.
Menurutnya, pengumuman rasmi perkara tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.
“Keuntungan TH sebanyak RM1.5 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Kita sedang mencongak dan akan umumkan (bonus itu) tidak lewat hujung Januari ini kerana masih berbincang dengan pihak TH,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, mengikut rekod, TH telah mengagihkan dividen sebanyak lima peratus tahun lepas.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"
“Pada 2009, TH membayar sebanyak lima peratus dan untuk tahun ini kita akan umumkan nanti,” katanya
.
Tambahnya, bayaran dividen yang dibuat oleh TH juga mencatatkan prestasi yang memberangsangkan berbanding agihan dividen oleh perbankan Islam yang lain.
“Kita kena buat perbandingan antara dividen TH bayar serta akaun bank-bank perbankan Islam lain, perbezaan dari sudut itu kita mencatatkan jumlah yang memberangsangkan,” katanya
Jamil Khir Baharom menyampaikan Sijil KPI /2010 kepada Ismee Ismail di Putrajaya, semalam.

Incoming search terms:

Comments

  1. princeduyong says:

    ooo…ye ke…TH dah banyak duit la tu…pelaburan dah untung…

  2. oh ye ke??? berita bagus ni yeah2 x saba hujung bulan ni ear?? thnx bg info yahooooo mak kayo :)

Speak Your Mind

*