Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
Entry jalan2 sebelum ni
Daerah Tenom telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900an. Pegawai Dearah yang pertama bernama bernama M.C.M. Weedon. Pembukaaan Daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate. Namun demikian, mengikut kajian Arkeologi yang dibuat oleh T.R William (1962). Dr. Neville (1963) A.H Dumbelton dan F. Wassey (1984) serta Ian Crawton (1980), ke atas beberapa tempat di Tenom seperti Batu Penotal (Penotal Gorge) dan bukit bukau di Banjaran Kroker (Crocker Range) terbukti kawasan ini telah diduduki sejak pra sejarah lagi. Di kawasan ini dijumpai ‘Batu Penukul’ beliung, batu yang digunakan oleh orang orang Murut untuk memburu dan membuat pakaian. Pada mulanya nama Daerah Tenom adalah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Brich (1901-1904) . Bagaimanapun nama Tenom telah ujud pada tahun 1904 berikutan dengan siapnya pembinaan jalan keretapi dari Beaufort ke Tenom dan Melalap. Kedudukan Tenom adalah dikelilingi oleh sempadan dengan Daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia. Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong. Topografi adalah bukit bukau. Hujan Tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Dua buah sungai yang mengalir melalui daerah ini iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan, merupakan sumber air kepada penduduk-penduduk Daerah Tenom dan juga sebagai penjana bekalan api Elektrik Hidro Tenom Pangi. Manakala taburan hujan di Daerah Tenom pada tahun 2000 ialah 1,937.9mm. Daerah Tenom mempunyai kebudayaan dari berbagai kaum. Ia memberi sumbangan dan gabungan dari berbagai kaum, khususnya Murut Tagol, Murut Timugon, dan Suku Lundayeh, Melayu dan Cina. Sikap tolak ansur antara kaum juga nampak dan jelas menjadikan pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama lain adalah dihormati. Di majlis-majlis perkahwinan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri/Adha, Hari Natal atau Krismas, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan atau hari Napangan Nanantab dan lain lain, masyarakat dari semua kaum akan bergaul dan mengunjungi rumah saudara mara tanpa mengira keturunan dan agama demi mengeratkan tali persahabatan serta muhibbah yang telah diamalkan sejak sekian lama. Daerah Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis – Papar dan Tambunan – Keningau atau Bamban Kemabong – Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Daerah Tenom tidak mempunyai masalah tentang perhubungan jalan darat oleh kerana hampir keseluruhan kampung dalam Daerah Tenom telahpun mendapat perhubungan jalanraya, samada ianya dibina oleh Kerajaan melalui Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pembangunan Persekutuan ataupun Syarikat-Syarikat Pembalakan. Selain itu terdapat juga perkidhmatan keretapi daripada Stesyen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar – Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer.Daerah Tenom kini bersama maju dengan daerah daerah lain di Negeri Sabah. Berbagai kemudahan asas disediakan oleh Kerajaan. Di Daerah Tenom, dulunya adalah sebuah daerah yang agak suntyi dan terpencil daripada berbagai kemudahan, kini daerah ini telah berubah wajah kepada sebuah daerah yang sama sama maju. Daerah yang membangun dengan adanya projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sejak Merdeka seperti Bangunan Jabatan Kerajaan, beberapa buah sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Bangunan Kedai yang Baru, Perumahan Kos Rendah, Pusat Kesihatan Hospital, Masjid, Gereja, Tokong dan sebagainya. Pembinaan sebuah jalanraya Tenom ke Beaufort menyeberangi Sungai Padas adalah satu satunya projek yang menjadi lambang kemegahan dan mercu tanda untuk Daerah Tenom khasnya dan seluruh masyarakat di Bahagian Pendalaman Atas amnya yang akan menikmati kemudahan jalanraya tersebut. Di samping kepesatan pembangunan yang berlaku di daerah ini, kampung-kampung dalam daerah ini turut sama menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan seperti Masjid, Gereja, Surau, Chapel, Tokong, Sekolah, Klinik, Balairaya, Rumah Kebudayaan, Bekalan Api ELektrik Bekalan Air, Jalanraya dan sebagainya. Untuk kemudahan penduduk-penduduk kampung.Tenom kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti bukit bukau yang penuh misteri dan lengkap dengan tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis dan hidupan liar. Sungai-sungai yang hebat dan deras seperti Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Di Daerah Tenom terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati oleh para pelancong. Taman Pertanian terletak di Lagud Seberang kira-kira 8 kilometer dari Pekan Tenom. Taman ini menjanjikan kekekalannya sebagai warisan hijau selama-lamanya. Taman Pertanian ini memaparkan aktiviti Kementerian Pertanian Dan Industri Pemakanan Sabah dalam Pembangunan Luar Bandar. Disini nilai Estetika dan Sains digabungkan bagi mengimbangi zaman yang berlalu dengan masa yang akan datang, budaya dengan kemajuan serta alam sekitar. Tempat-tempat pelancongan lain yang sedia ada seperti Pusat Kebudayaan Murut di Pulong Melalap. Batu Berukir di Tomani, Air Terjun di Kg. Amboi, Kg. Baru Jumpa, Kg. Kalang dan Reakrasi Air atau White Water Rafting di Pangi. Satu lagi mercu tanda kemegahan iaitu pembinaan sebuah Tugu sebagai memperingati Pahlawan Murut bernama Antanom atau Ontoros yang berjuang bagi kaum mereka di Rundum pada tahun 1915.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)
Incoming search terms:
- rumah kebudayaan murut (43)
- pekan tenom (33)
- lagud seberang tenom sabah (31)
- taman pertanian tenom (31)
- taman pertanian lagud seberang tenom (22)
- lagu seberang tenom (20)
- tempat menarik di tenom sabah (15)
- taman pertanian sabah tenom (12)
- rumah kebudayaan murut tenom (12)
- Tenomkini (12)
- taman pertanian sabah (9)
- Tempat menarik di tenom (7)
- jawatan kosong taman pertanian tenom (5)
- taman pertanian lagud seberang tenom sabah (5)
- rumah sewa beaufort (4)




bestnya jalan2 pigi tenom. sya blm pernah lagi pigi sana hehe
Sa sangat jeles sbb smpi sekarang sa belum sampai2 di sana biarpun ada plan mau pigi sana. Arggh! ada dinos jugaaa…siok!!!
Next school holiday mau pigi sana lah (nah, buat plan lagi sa…)
hijau2 best, udara segar
Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur
nama ja daddy sia asal tenom tp last sia pigi tenom thn 1988! duii.. kesian betul oo..
Kalau datang Tenom alang2 nda masuk melawat Taman tu. Tapi, beli Kopi Tenom ada juga untuk ole2? ;D
waaaa..kak ellen asyik jalan2 je~
ellen tak pe…angah tak kisah punnn just singgah pun leh apa… kan???
oo ellen nak cikit pokok ajaib tue hehehe
Mo lawat la tempat tu nanti….
kak ellen..bila agaknya saya boleh sampai ke sana ya? =)
menariknya itu pokok ajaib…
Belum lagi saya sampai2 sini moi…
bestnya!!! sa belum pernah p sana owh sis..aii nanti mau arrange masa mau p sana la ni..siok o naik tu keta api