Panas!..

Keputusan STPM 2010: 12 buah sekolah di Sabah catat kelulusan 100 %

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Sebanyak 12 buah sekolah di Sabah mencatat 100 peratus kelulusan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun lepas.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limauan, Kimanis Papar; SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu; Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu; Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, SMK Keningau II, Keningau; SMK Kunak Jaya; SM Ken Hwa, Keningau; SM St. Patrick, Tawau; SMJK Tiong Hua Sandakan; SM Sung Siew, Sandakan; SM La Salle, Kota Kinabalu dan SMK Jambatan Putih, Tawau.
Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yussin berkata, seramai 21 pelajar di negeri ini memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan 3.0 ke atas manakala bagi calon aliran sains pula seramai enam orang.
Beliau berkata, pelajar cemerlang STPM 2010 ialah Syivero Patrick dari SMK Kota Marudu yang memperoleh empat A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan manakala Sejarah B+.
“Pada tahun lalu, seramai 6,185 orang calon dari sekolah kerajaan dan bantuan penuh di Sabah telah menduduki STPM. Jumlah ini meningkat kalau dibandingkan seramai 6,020 pada 2009.
“Bagaimanapun, peratusan kelulusan STPM bagi 2010 menurun sebanyak 1.66 peratus kepada 88.51 peratus berbanding 90.17 peratus pada 2009.
“Seramai 168 calon yang menduduki STPM tahun lalu lulus penuh lima prinsipal (5P) diikuti 1,823 (4P), 1,294 (3P), 1,047 (2P) dan seramai 889 lulus sekurang-kurangnya 1P,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu di sini hari ini.
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."
Muhiddin berkata, faktor penurunan peratus kelulusan itu disumbangkan oleh pencapaian calon dalam setiap mata pelajaran.
Katanya, kelulusan mata pelajaran Bahasa Arab, Usuluddin dan Perakaunan masing-masing menurun sebanyak 24.23 peratus, 9.43 peratus dan 15.08 peratus.
Sementara itu, seorang pelajar cemerlang yang ditemui pada majlis itu, Fazha Jazah, 19, berkata, dia gembira kerana berjaya mencapai keputusan membanggakan dalam peperiksaan STPM.
Pelajar dari SMK Majakir Papar itu yang memperolehi lima A berkata, keputusan yang diperolehi itu sebenarnya melepasi sasarannya.
“Sebulan sebelum peperiksaan, saya belajar macam lari pecut, tapi bukan bererti belajar pada saat akhir. Ini kerana, saya telah membuat persiapan lebih awal.
”Cikgu buat tutorial selepas sekolah, kalau pelajaran yang saya kurang faham akan cepat-cepat saya tanya cikgu selain mengamalkan perbincangan secara berkumpulan,” katanya yang mengulangkaji pelajaran bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam setiap hari,” ujarnya.
Anak sulung daripada empat adik beradik itu berkata, bahawa beliau kerap melayari internet terutama www.sejarah.blogspot bagi mendapatkan maklumat tambahan setiap mata pelajaran yang dipelajarinya.
Sumber : Utusan Malaysia

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

2 comments

  1. Tahniah kepada yg berjaya…

  2. tahniah kepada yang berja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top