Panas!..

Pelanggan dan pekerja khidmat seks sanggup lari bogel

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>
Pelanggan dan pekerja khidmat seks di dua rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Fook di sini bertempiaran lari dengan ada antaranya dalam keadaan berbogel semata-mata untuk mengelak daripada ditahan polis dalam serbuan hari ini.
Cubaan lelaki rakyat asing berusia lingkungan 30-an yang tidak sempat memakai baju itu untuk meloloskan diri bagaimanapun gagal apabila semua jalan keluar dari bangunan tiga tingkat itu dikepung polis.

Dalam operasi lebih satu jam bermula pukul 2 petang itu, seramai 30 pekerja seks dan 35 pelanggan berusia antara 22 hingga 35 tahun ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Pegawai Turus D7 negeri, Deputi Supritendan Mohammad Abd. Hamid berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kedua-dua rumah tumpangan tersebut sebenarnya bersambung antara satu sama lain di tingkat tiga.
“Bertindak atas maklumat orang awam, kita menyerbu premis itu dan berjaya menahan 30 pelacur rakyat tempatan dan 35 pelanggan rata-ratanya warga asing dari Indonesia dan Bangladesh kerana dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Hasil siasatan juga mendapati, rumah tumpangan itu telah beroperasi kira-kira dua bulan,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu yang melibatkan tiga pegawai dan 15 anggota.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas wang tunai RM12,000 selain pelbagai barangan yang digunakan untuk aktiviti tidak bermoral antaranya kondom yang sudah dipakai dan tuala.

Siasatan polis, katanya mendapati, premis tersebut beroperasi setiap hari dan dipercayai menjadi tumpuan pelanggan terutamanya pada hujung minggu dengan bayaran dikenakan antara RM60 hingga RM100.

“Kesemua yang ditahan termasuk seorang ibu ayam dibawa ke Balai Polis Sentral di sini untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan,” katanya.

SEBAHAGIAN daripada pelacur yang ditahan di rumah tumpangan di Johor Bahru, semalam.

sumber : Utusan Malaysia

Incoming search terms:

5 comments

  1. ..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::..

    lagi ramai kena tangkap lagi ramai yg belum tertangkap. adesss….

  2. ishhh.. ishh… dahsyatnya…

  3. Susah mau tangkap tu. Paling baik semua pusat hiburan tutup.

  4. Sabahan Bloggers Club

    Tangkap lepas tu kasi lepas balik juga ni…..
    Masalah yang tidak pernah selesai….

  5. sanggup malu lari bogel daripada ditangkap ni… adeiii sangat lah tidak ada otak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top