banner

Kenali apa itu Virus kencing tikus atau Leptospirosis

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..


Salam Persahabatan..

Ellen ada baca paper hari ni mengenai seorang polis yang mati akibat dijangkiti oleh Virus kencing Tikus ni, so Ellen tak faham apa itu kencing tikus, so try godek2 kat google..jumpa info ni yang rasanya bukan saja berguna pada Ellen tapi pada korang2 juga…That’s y ellen kongsikan di sini …kredit kepada my.sensasi blogspot atas info ni..
*******************************************************

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).


Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.



Tanda dan Gejala 


Gejala :

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.

5. Radang selaput mata.

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.


Tanda dan ujian makmal


1. Ujian sel darah putih (WBC).

2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.

4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.

5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).

6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.

7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.

8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.

9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.


Komplikasi


Harapan(Expectations)(prognosis)

Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.


Komplikasi:• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.

• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).

• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).

• Kegagalan fungsi hati.

• Kegagalan fungsi buah pinggang


boleh membawa maut sekiranya kritikal!!


Rawatan 


Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.


Pencegahan 


Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit

Incoming search terms:

Comments

  1. suffer8zine says:

    huhu nice info sis

    Terkini : Keputusan Penuh Malaysia vs Pakistan dan Keputusan Perlawanan Lain

  2. Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali says:

    kena ati2 ni babe..

  3. ||aLeaSaRa|| says:

    salam singgah di sini.kite pun baca paper tentang ni di office.kawan mak kite keje di gudang penyimpanan stok salah satu hypermarket terkenal di sepang.dia beritahu banyak tikus yg menyelit dan berkeliaran di tin dan kotak minuman serta kotak2 makanan.erm..dinasihatkan tiap kali beli ,minuman tin atau kotak..kalau boleh cuci dulu permukaan atas yang kite nak cucuk straw tu.

  4. wanythyra. says:

    Kucing saya 4 ek0r dah mati d sebab kan virus ini ~ bhy2

  5. ::Budak Degil:: says:

    sy ade cousin meninggal cuz of this pnyakit..abis die attack buah pinggang, paru-paru semua..bahaye betol tikus2 zman sekarang ni kan..ape la yg die makan agaknye..

  6. haihh ni laa yg buat kite berpikir seploh kali kalau nak gi berkelah tepi sungai ni…

    meh ke rumah..
    ~kekasih hati chinta jiwa~
    keep in touch ye..♥♥♥

  7. Awan Biru says:

    Penyakit ni memang bahaya.
    Hari tu Awan ada tengok Discovery tentang tikus. Tikus ni memang haiwan yang paling bahaya., paling licik, paling menjijikkan dan payah nak dibunuh.

  8. AngahSayang2314 says:

    ellen info yg bernas…syabassssss baru angah tahuuu ellen dah sampaikan

  9. Izamir Ridzwan says:

    boleh bwa maut ni

  10. saliza says:

    Terima kasih kpd ellen yg telah memberi info b’kenaan virus kencing Tikus ini….Sbnrnya saya sangat sedih pd waktu ini kerana Ayahanda saya skrg sedang melawan dan menahan kesakitan yg disebabkan drpd virus ini…Ayahanda saya skrg sdg menerima rawatan di CCU Hospital Kuala Pilah….

    • Akak Ellen sangat sedih mengetahuinya…semoga Ayahanda adik akan sembuh seperti biasa..serahkan saja pada yang Maha Esa…

      • saliza says:

        Terima kasih sekali lg kpd kakak Ellen yg mendoakan ayahanda saya….ye,,,serahkan saja pd yg Maha Esa…..Sebelum ini saya tidak pernah kisah dan ambil tahu b’kenaan dgn virus ini….Setelah ianya t’jadi kpd org yg amat saya sayangi barulah saya t’cari2 info bkenaan dgn virus ini…..Terima kasih di atas info yg kakak Ellen berikan….

        • Sama sama dik..so amacam keadaan Ayahanda adik sekarang…ada perkembangan ka?.adik ada fb..boleh ja adik add akak kat sana… cari Flo Ellen Lewis ya…

Trackbacks

  1. [...] apa itu penyakit Kencing Tikus/Leptospirosis<——Klik pada [...]

Speak Your Mind

*