Panas!..

Pandelela Rinong Diumum Atlet terbaik SAM-100 Plus 2010

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Atlet terjun kebangsaan, Pandelela Rinong Pamg diumumkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus.
Beliau mengenepikan saingan beberapa atlet tersohor negara seperti Datuk Nicol Ann David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal) dan Nur Suryani Taibi (menembak), yang turut disenaraikan,bagi memenangi anugerah itu.
Beliau membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yangdisampaikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Saya tidak sangka nama saya diumumkan sebagai penerima anugerah ini kerana saingan untuk anugerah ini semuanya atlet yang hebat-hebat belaka, dan kemenangan ini akan saya jadikan motivasi untuk meningkatkan prestasi saya,” kata penerjun dari Kuching, Sarawak, yang baru menyambut ulang tahun ke-18, Rabu lepas.
Beliau kini sedang menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menghadapi Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-14 di Shanghai, China, Julai depan dan beberapa pertandingan Siri Dunia di Rusia, China, England dan Mexico.
“Tumpuan saya semestinya Kejohanan Dunia di Shanghai kerana ia adalah kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012. Semua pertandingan yang saya sertai adalah penting,” kata gadis berketurunan Bidayuh itu.
Pada Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-14 di Shanghai, China itu, 12 penerjun yang melangkah ke peringkat akhir akan berpeluang beraksi di Sukan OlimpikLondon.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
Pada penampilan pertama beliau pada Sukan Olimpik Beijing pada 2008, Pandelela Rinong yang kurang berpengalaman hanya sekadar mampu menamatkan saingan di tempat ke-27, dan kemudian menyerlah pada 2010 dengan meraih dua pingat perak pada temasya sulung Sukan Olimpik Remaja di Singapura.
Beliau kemudian mencipta sejarah buat Malaysia apabila meraih pingat emasdalam acara terjun 10m platform serta memenangi pingat perak dalam acara 10mplatform serentak wanita di Sukan Komanwel, New Delhi, India tahun lepas.
Semasa di Asia Guangzhou pula, beliau meraih pingat perak dalam acara 10mplatform serentak dan pingat gangsa dalam acara 10m platfrom individu.
Sementara itu, atlet wushu negara Yeap Wai Kin dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Harapan 2010, manakala Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Khas daripada Persatuan Sukan Kebangsaan.
Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 tahun yang memenangi Piala AFF-Suzuki telah menerima Anugerah ‘Out Do Yourself 100Plus’.
Sumber : mstar

Incoming search terms:

2 comments

  1. pandalela memang layak menang anugerah sbb kejohanan olimpik terlalu sukar utk menang…syabas

  2. syafiqsulaiman

    hi kak..

    ade tips utk adik..
    tgk akak mcm pakar maen seo jugak..
    ade tips tak kak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top