Penyakit mata : Katarak (Selaput putih mata)

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

Katarak adalah sejenis penyakit mata dimana kanta mata yang biasanya jernih menjadi legap / selaput putih. Ia merupakan punca kebutaan yang utama di Malaysia dan juga di seluruh dunia.


Apakah puncanya?
  • Kongenital (semasa di dalam kandungan)
  • Penuaan (ageing)
  • Kecederaan mata
  • Diabetes
  • Jangkitan mata
  • Radang mata
  • Pengambilan ubat steroid
Gejala
  • Kurang penglihatan secara beransur-ansur
  • Silau
  • Anak mata kelihatan putih
Tanda-tanda
  • Kurang tahap penglihatan (kabur mata)
  • Hilang refleks merah
  • Kanta kelihatan putih
Apakah Rawatannya?
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Kebutaan akibat Katarak boleh dipulihkan sepenuhnya dengan melakukan PEMBEDAHAN - iaitu kanta yang legap dikeluarkan dan diganti dengan kanta intraokular (kanta palsu).
Ia boleh dilakukan secara rawatan harian atau pesakit dalaman.

Apakah akan terjadi jika tidak dibedah?
  • Bagi orang dewasa – ia akan menyebabkan kebutaan dan penyakit Glaukoma.
  • Bagi kanak-kanak – jika lambat dibedah, ia akan menyebabkan mata malas.
Siapakah golongan berisiko?
  • Pesakit Diabetes yang tidak mengawal penyakitnya.
  • Orang dewasa berumor melebihi 60 tahun
  • Kanak-kanak / bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit seperti Rubella. 


sumber :Jabatan Oftalmologi

Setakat ini tiada langkah pencegahan yang khusus untuk penyakit ini memandangkan puncanya dikenal pasti berlaku akibat peningkatan faktor usia. Bagaimanapun, para penyelidik dan doktor menyarankan pesakit supaya berhenti merokok, mengelakkan pengambilan alkohol dan mengurangkan pendedahan kepada sinar ultraviolet bagi memperlahankan kadar proses katarak berlaku. Pesakit kencing manis dan darah tinggi juga dinasihatkan supaya memastikan tahap kesihatan mereka terkawal dan memuaskan. Berjumpalah doktor pakar mata untuk mendapatkan nasihat sekiranya ibu bapa, kaum keluarga atau warga emas yang anda kenali mengalami tanda-tanda katarak seperti yang dinyatakan. Penyakit ini tidak seharusnya menyebabkan seseorang individu menjalani kehidupan yang kabur dan sukar.

  

Comments

  1. suffer8zine says:

    huhu mintak2 jauh la :P

    Terkini : Helang Terbang Terbalik

  2. kira kekuri says:

    errkk..saya takut..ngilu selalu bah kalau bab2 mata nihh..palis2..minta d jauhkan >.<

  3. LadyBird says:

    akak.. kalau di kalangan bayi tu menyebabkan mata malas.. macamana malas tu kak?

  4. bapa mentua sia sdh operate dua2 mata (bkn satu kali la) psl selaput ni. My mom baru tau dia pun ada even blm tebal. Hmm..

  5. LadyBird says:

    maksud untuk ayat ni kak :

    "Apakah akan terjadi jika tidak dibedah?

    * Bagi orang dewasa – ia akan menyebabkan kebutaan dan penyakit Glaukoma.
    * Bagi kanak-kanak – jika lambat dibedah, ia akan menyebabkan mata malas."

  6. AngahSayang2314 says:

    wahh ellen info yg bernas nie.. tapi angah tak pening2 pun sebab ayah keje kat hospital pakar mata.. dia rajin bg penerangan

  7. Ronaldmohoni says:

    Bahaya kalau terkena penyakit nih. Thanks dengan info yang kakak beri.

  8. MamaYatie says:

    mintak dijauhkan..risau juga kdg2..almaklum anak2 duduk taska

  9. kakchik@ella says:

    Ayah Kak ella buat operation buang katarak tahun lepas ellen.

  10. MaTNaggeR says:

    ade beberapa kawan yang ade masalah penglihatan teruk…. kesian

Speak Your Mind

*