Panas!..

PTPTN : Terma dan syarat permohonan PTPTN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>
TERMA DAN SYARAT
PERMOHONAN PEMBIAYAAN PTPTN

A. Syarat-syarat Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN
    Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:  
1. Pemohon adalah warganegara Malaysia; 
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; 
3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata 
pelajaran; 
4. Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA
3.0 dan ke atas; 
5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang 
telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi; 
6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada 
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan; 
7. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang 
disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah 
diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara (5) di atas;  
8. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun; 
9. Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung 
pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan; 
10. Tidak mempunyai penaja lain;dan 
11. Jumlah keseluruhan pembiayaan yang telah diperoleh pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang 
akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00. 

  B. Dokumen Sokongan
    Setiap permohonan mestilah dilampirkan bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang telah 
DISAHKAN seperti berikut:
1. Maklumat Permohonan Pembiayaan. (boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di laman web Permohonan 
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
Online yang didaftar oleh Pelajar) Dokumen ini tidak perlu disahkan. 
2. Kad Pengenalan pemohon; (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)  
3. Surat Tawaran dari IPT:  
4. Sijil SPM (salinan transkrip keputusan peperiksaan SPM hanya diterima jika tidak melebihi tempoh DUA 
TAHUN dari tahun peperiksaan kepada tahun pembiayaan PTPTN dibuat); 
5. Sijil kelayakan masuk lain (contoh: STPM/Diploma/Matrikulasi/Ijazah Sarjana(Master) (surat pengesahan 
tamat pengajian dari IPT perlu disertakan jika pemohon belum menerima sijil dan tiada pengesahan tamat 
pada transkrip peperiksaan);  
6. Buku/Penyata nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing; 
7. Slip Gaji atau Kad Pesara Kerajaan atau Borang Cukai Pendapatan atau Surat Pengesahan Pendapatan / 
Surat Pengesahan Tidak Bekerja Ibu Bapa/Penjaga dan Pasangan Penjaga/Pemohon dan Pasangan; 
8. Kad Pengenalan / Passport ibu dan bapa kandung; 
9. Sijil Kematian / Akuan Sumpah sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;
10. Surat Pengesahan/Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pusat Zakat, sekiranya 
pemohon/ibu/bapa/penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan; dan 
    Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen 
sokongan berikut diperlukan:
1. Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan 
2. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. 
    (Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan oleh 
pegawai yang layak).     Pegawai yang layak mengesahkan dokumen adalah seperti berikut: 
Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengamal UndangUndang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar Sekolah(sekolah kerajaan 
sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf 
dn ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang 
bertauliah.



sumber : website PTPTN

Incoming search terms:

2 comments

  1. betul kekalau pointer bawah 2.00,duit ptptn x akan dapat utk semester tu,sbb kawan saya pointer dia bawah 2.00,duit ptptn dia x masuk. last2 dia stop pinjam ptptn.

  2. saya nak tanya kalau pointer 2.00 adakah ptptn akan disekat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top