Tujuh Kali mengugurkan bayi dalam masa 4 tahun

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007. 

Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat. 

“Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.


“Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.

“Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima. 

“Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya. 

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin. 

“Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya ‘lekat’ mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin. 

“Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja,” katanya. 

Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu. 

“Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur. 

“Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram,” katanya.


Incoming search terms:

Comments

  1. LennMommaChubby says:

    Gugurkan kandungan sampai 6 kali?? Gila ka apa…. B4 sampai mengandung 6 kali spatutnya dia sudah sedar teman lelaki dia tu hanya mahukan keseronokan n tak mau bertanggungjawab… Tu pun susah mo fikir ka?? Ishhh…… Terlalu lembabkah perempuan ni??

  2. kakchik@ella says:

    OMG .. dis woman must b crazy!!

  3. Lagenda says:

    aduh!!! Tak de perasaan langsung ke dia ni??

    Tahu pun sakit yek?? sape suruh cari penyakit??

  4. Fantastic Ajane says:

    ish scary la.. blh pla mcm tu…

  5. Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali says:

    aiyooo….cara hidup mcm org kawin je…tu la..mslh sosial tu bukan skadar dr pihak remaja..org dewasa pon sama..wallahualam..

  6. Suhaida kamalia binti nom shaari says:

    makk aiii berani nye dia neh.. 6 kali.. xkecian ke dkat bby dlm kndungan tuh..

  7. ..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. says:

    memang patut pun dia selalu mimpi budak kecik menangis. itulah azab org buang janin. ia seperti buang anak jugak…

    ada lagi ke perempuan mcm nie?? adesss…. lepas nie kalau tak insaf jugak tak tak tahu la kan kak ellen?

    jantan tue nak main dengan dia je…itupun BODOH!! x leh pikir ke??

    marah tul kina..sensitif bab² mcm nie. org nak anak susah nak dapat. ini bila senang..senang je nak buang. elOk² TUHAN bagi beranak..terus x bagi nanti. baru PADAN MUKA!!

  8. Piasara says:

    "org macam ni pun ada ka…boleh lekat lg walau baru 2 bln 'cuci' gila ka apa…dia tak tau tuhan tak bagi dia mati jer..sbb nak bg peluang dia insaf dan berubah..tapi masih lg tak berubah.."

  9. iskh, ni baru la confirm cinta buta!

  10. BΛBYDIΣRΛツ says:

    huii ~ dahsyat sungguh -.-

  11. sape tahu klinik yang boleh wat cuci kat kawasan johor bahru??

Speak Your Mind

*