Panas!..

Diana Danielle menderita penyakit ketumbuhan di rahim

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

SEBELUM berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi mendalami bidang lakonan di Sekolah Filem & Lakonan Akademi Filem New York awal bulan lepas, Diana Danielle sempat menghabiskan masa untuk berlibur bersama keluarga.

Kesempatan sekitar Februari itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh gadis yang mesra disapa D ini dengan memilih China sebagai destinasi percutian.

Bagaimanapun, ada yang membocorkan cerita, kunjungan itu bukanlah sekadar atas tujuan bercuti. Sebaliknya, D dikatakan berkunjung ke China untuk mengubati penyakit yang ditanggungnya dalam diam sejak sekian lama.

Mengesahkan perkara tersebut, D tanpa berselindung membuka mulut untuk bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihidapinya sehingga membawanya ke China untuk menjalani rawatan.

Menurut duta Nano White, Public Gold dan Sunsilk ini, sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa penyakit yang dihidapi adalah disebabkan ketumbuhan yang bersarang di bahagian rahimnya.

Diana Danielle

Ia cuma terbongkar selepas D menyedari penyakitnya berlanjutan sejak dua tahun kebelakangan sehingga kadangkala menyebabkan dia gagal menjalankan aktiviti seni dan belajar dengan baik.

“Biasalah perempuan, kalau datang bulan, sakit senggugut itu adalah satu perkara biasa. Pada awalnya memang itulah yang D fikirkan.

“Tetapi, lama kelamaan, keadaan D semakin teruk. Sampai tak boleh buat apa-apa kerja kalau ‘masa’ itu datang.

“D hanya mampu menangis sebab sakitnya memang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Langsung tak dapat bangun.

“Dah macam-macam D cuba untuk legakan kesakitan. Telan panadol dan ubat tahan sakit, tapi memang tak jalan juga. Sampai mama pun hairan.

“Lepas buat pemeriksaan di hospital, D terkejut bila doktor kata sebenarnya sakit tu berpunca daripada ketumbuhan dalam rahim,” katanya.

Turut melahirkan rasa terkejutnya, kata ibu Diana, Norsiah Ramli, doktor itu juga memberitahu bahawa ketumbuhan yang dihidapi anak gadis tunggalnya itu juga sekiranya tidak dibedah, ia akan membesar di dalam rahim sebagai kanser.

“Tentulah mama risau dan tak mahu perkara itu terjadi. Doktor bagi nasihat supaya D dibedah untuk membuang ketumbuhan yang berukuran lebih kurang 7 sentimeter panjang dengan ketebalan 3 sentimeter.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Mujurlah mama ada kawan yang mencadangkan supaya D dirawat menggunakan kaedah perubatan cina, Chi.

“Sebab itu kami ke China. Bunyinya mungkin agak keterlaluan, tetapi ia antara usaha mama untuk memulihkan D dari penyakitnya,” katanya.

Pesakit terakhir dirawat

Usai sahaja komitmennya menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali, kata D, dia bergegas bersama ibunya ke China.

Peluang selama seminggu berada di daerah Huangzhou dan Huangshan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Cerita D, kesempatan bertemu dengan Grand Master Xuan Kong yang terkenal dengan kehebatannya dalam perubatan Chi adalah peluang keemasan bagi D.

Apalagi, dia merupakan sifu Shaolin yang terunggul, tertua dan yang paling disegani di negara itu.

“Rawatan Chi memang menakjubkan. Tanpa menggunakan sebarang peralatan, sifu Xuan membantu mengeluarkan ketumbuhan D menggunakan kaedah tenaga dalaman.

“Ketumbuhan itu dibuang melalui darah. Bayangkanlah, macam mana tak terkejut D bila tengok darah yang keluar berwarna hitam dan pekat.

“Lepas menjalani rawatan itu, D mengalami datang bulan yang agak panjang, 19 hari lamanya. Mungkin itu kesan daripada rawatan yang D buat,” katanya.

Bagaimanapun, cerita gadis berusia 20 tahun ini lagi, hatinya tersentak tatkala menerima perkhabaran mengenai kematian sifu Xuan dua hari selepas dia kembali ke tanah air.

“Terkejut D bila dapat tahu dia meninggal di usia 82 tahun. Lebih sedih bila diberitahu, D dan mama merupakan pesakit terakhir yang dirawat oleh dia.

“Meski rasa beruntung sebab sempat merasa rawatan Chi dengannya, namun kami rasa sedih sebab rupa-rupanya itu merupakan kali pertama dan terakhir kami bertemu,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai rawatan Chi, kata gadis ini, kesihatannya semakin baik malah menjadikan dia semakin aktif.

Malah, ujar D, dia juga tidak lagi merungut sakit teruk selain tidak perlu menjalani proses pembedahan dan makan ubatan herba sahaja.

“Alhamdulillah, semuanya sudah baik. Paling penting, kita merawat penyakit sebelum ia melarat,” katanya.

 

Incoming search terms:

13 comments

  1. ellen, belalan tag ellen utk satu contest.
    hope ellen sudi join ye…

  2. Uiss..muda2 lg dah ada ketumbuhan?? Biasanya kita org perempuan ni ingt senggugut biasa je kan..nasib baik cpt berubat

  3. mak oii…. tapi, telan panadol dan ubat tahan sakit memang x baik. nasib baik cepat…..

  4. alhamdulillah baguslah dah ok…eh ellen msk blogger the year…tom dah vote ellen gn fb td…hehe…erm macam mana tom nak amik gambar ellen tue ek?tom nak buat 1 entry support vote utk ellen…hehe..nanti bgth ek…

  5. kesian die kan tp alhamdulillah da dibuang~
    tuelah bahayanya jadi perempuan nie kan~
    macm2 penyakit menanti~

  6. hi sis ellen..
    salam kenal dari sumanje…
    su singgah sini …tadi su kat blog mak nampak link sis terus klik….

  7. hi bgs jga teknik prubatan chi ni..sya hrp teknik ini ada d
    Malaysia…supaya senang kaum wanita utk berubat…thnks..

  8. mak ai…kalau aku mmg dah kena bedah dah mcm ni,hu3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top