Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
Gambar hiasan–pinjam dari google
BAGI wanita rambut sebahagian daripada kecantikan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai kejelitaan seseorang.
Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai.
Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa 100 hari.
Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda
Terdapat tiga jenis rambut iaitu:
1. Rambut berminyak
Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.
Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.
2. Rambut normal
Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang.
Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.
3. Rambut kering
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)Rambut ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif.
Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat.
Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.
Setiap wanita akan mengalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini.
Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala.
Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua.
Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal. Mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai.
Biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang serius. Namun, kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.
Keguguran rambut bisanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat atau bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau kerinting rambut.
Cara atasi rambut gugur
Jika rambut anda sentiasa mengalami keguguran, ini bermakna rambut anda kering dan kurang vitamin E.
Untuk mengatasi masalah ini, lumur minyak bijan pada kulit kepala sebelum tidur. Syampu dan bilas rambut dengan bersih pada keesokan paginya.
Jaga rambut dengan betul seperti:
Sumber : mymetro
Incoming search terms:
- cara mengatasi keguguran rambut (165)
- cara penjagaan rambut (133)
- tips penjagaan rambut (92)
- jenis rambut (82)
- cara mengatasi rambut gugur (80)
- rambut kering dan mengembang (73)
- kebersihan rambut (72)
- cara menjaga kebersihan rambut (66)
- cara menjaga rambut (64)
- cara mengurangkan keguguran rambut (59)
- gambar makanan berkhasiat (58)
- tips penjagaan rambut gugur (58)
- petua rambut kering (54)
- penjagaan rambut gugur (51)
- tip penjagaan rambut (50)




baru nk cr info ni nk buat entri nanti bee ambik dr sini lah ellen hehe
hmm…ok gak bee…boleh saja..hehee
sa rasa rambut sa jenis yang normal juga tapi kalau tiba2 tukar shampoo kan akan kelihatan kering atau berminyak..karrrrr
kurang pasti plak kalo kes cam tu sis..tapi mo tengok juga kesesuaian rambut kita dengan shampoo tu…
shampoo klu blh kna tukar 1 dalm sbulan..