Kes Pembunuhan Nurrahayu Qomarodin: Jenazah ayu dikebumikan dalam suasana pilu

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

TUNTUT…Qomarodin mengusung jenazah Ayu di HSI, semalam.

Salam Mesra..

Akhirnya Selamatlah sudah Ayu atau Nurrahayu Qomarodin disemadikan. Biar dalam suasana pilu dan Ellen bayangkan ketika ini berada juga diupacara pengebumian beliau..Ellen berharap agar keluarga dan rakan2 rapat ayu tabah dan dapat menerima semua ini sebagai ketentuan dari Tuhan.  Kita semua harapkan akan diberikan keadilan dengan pembalasan yang bakal diberikan pada pembunuh kejam ini. Percayalah…hukum Karma itu anda…bila anda berbuat jahat, maka pembalasannya akan sama….Tuhan itu adil…

Sebagai kenangan dan perkongsian, di bawah ini adalah beberapa link post yang Ellen dan kawan Ellen buat …kalo nak tahu lebih lanjut bolehlah klik Link di bawah untuk cerita lebih lanjut.

Nurrahayu di bunuh

Susulan pembunuhan Nurrahayu

Keluarga mencari kepala Nurrahayu

Rayuan ibu Nurrahayu

Nurrahayu diperkosa

Tengkorak Nurrahayu sudah ditemui

Dengarlah jeritan Nurrahayu

 

Ikuti cerita tentang Arwah Ayu yang Ellen ambil dari paper.

 

PILU...ahli keluarga Ayu sebak di majlis pengebumian, petang semalam.PILU…ahli keluarga Ayu sebak di majlis pengebumian, petang semalam.

 

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Saya tak akan maafkan orang memperlakukan Ayu sebegitu kejam, biarlah dia digantung sampai mati supaya tiada lagi manusia diperlakukan seperti ini,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja dibunuh sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.

Menurut Qomarodin, meskipun reda takdir menimpa anakya itu, dia berharap penjenayah terbabit dikenakan hukuman setimpal atas apa dilakukannya terhadap anaknya, Nurrahayu atau Ayu,16.

“Saya berharap pihak berkuasa menyiasat kes ini dengan teliti, mengumpul bukti secukupnya bagi membolehkan penjenayah menerima hukuman sewajarnya,” katanya sebak ketika menuntut jenazah arwah Ayu di Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, awal pagi semalam.

Seawal jam 7.30 pagi, Qomarodin bersama seorang kenalan dilihat duduk di ruang menunggu bagi menuntut jenazah anaknya itu, selepas gagal berbuat demikian malam kelmarin berikutan beberapa perkara tidak dapat dielakkan.

Tepat jam 9.55 pagi, jenazah Ayu yang sudah dimandi serta dikafan, dituntut Qomarodin dan dibawa menaiki van jenazah menuju ke Surau Taman Pulai Utama dekat sini, bagi urusan pengebumian selepas solat Jumaat.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Perkuburan Islam Kangkar Pulai yang turut dihadiri rakan dan seluruh ahli keluarga arwah bagi memberikan penghormatan terakhir. Pada masa sama teman baik mangsa, Diana tidak dapat menyembunyikan perasaan pilunya hingga terpaksa ditenangkan rakan dan keluarga kerana meraung akibat terlalu bersedih dengan kehilangan Ayu. Qomarodin yang ditemui selepas selesai urusan pengebumian berkata, dia sekeluarga lega selepas menyempurnakan pengebumian jasad anak bongsu kesayangannya.

“Syukur, Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Biarpun terpaksa terima hakikat kehilangan Ayu, saya dan keluarga lega kerana sebelum ini bayangan dia sering muncul seolah-olah menyuruh jasadnya disempurnakan segera,” katanya sugul.

Menurut Qomarodin, dia terharu melihat ramai kenalan serta rakan arwah datang ketika pengebumian itu.

“Apabila melihat mereka saya terharu. Ia membuktikan hubungan arwah dengan orang sekelilingnya erat dan tidak mungkin akan terputus,” katanya.

Lebih 150 termasuk keluarga kandung dan angkat serta rakan dan kenalan mangsa hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Ayu yang disemadikan kira-kira jam 2.30 petang.

 

Incoming search terms:

Comments

  1. kejam…semuga pembunuhnya mendpt balasan yg setimpal…

Speak Your Mind

*