program pemutihan:Pengampunan Dilaksanakan Selepas Semua Pekerja Asing Yang Sah Didaftarkan

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

 

post mengenai pemutihan sebelum ini

Pengurusan pendaftaran PATI ]

Info mengenai Program pemutihan ]  KLIK SINI UNTUK INFO LEBIH LANJUT

 

Kabinet membuat keputusan mendaftarkan dahulu dua juta pekerja asing yang mempunyai permit kerja termasuk dalam sistem biometrik sebelum program pengampunan dan pemutihan pendatang tanpa izin dilaksanakan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Persana Menteri berkata ini kerana, daripada maklumat yang diperoleh, setelah kerajaan mengumumkan langkah itu, terdapat kes pekerja asing yang sah menjadi pekerja “haram” di negara ini.

Beliau berkata keadaan itu berlaku kerana ada pihak terbabit yang mengambil kesempatan untuk mengaut untung daripada program yang dilaksanakan oleh kerajaan itu.

“Jadi, sebab itu, kabinet kata kita daftar dulu pekerja asing yang sah itu… kemungkinan pendaftaran untuk (pengampunan dan) pemutihan itu dianjakkan lewat sikit.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

“Saya lihat ada keperluan supaya disegerakan pendaftaran pekerja-pekerja yang sudah ada dalam senarai majikan (masing-masing),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga di pejabatnya di sini Khamis.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa program pengampunan dan pemutihan pendatang tanpa izin di negara ini, akan dilaksanakan pada 11 Julai ini.

Muhyddin berkata berikutan langkah kerajaan supaya pekerja asing yang sah didaftar dahulu, tarikh baru program pengampunan dan pemutihan pendatang asing tanpa izin itu akan diumumkan kelak.

“Bila semua (nama) sudah ada dalam sistem biometrik, ikut sektor-sektor, maka pengumuman (program pengampunan dan pemutihan pendatang tanpa izin) akan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk tarikh yang sebenar,” katanya.

Muhyiddin berkata bahawa sebelum ini, pekerja asing yang bekerja secara sah di negara ini, sudah didaftarkan namun nama mereka tidak direkodkan dalam sistem biometrik.

Berikutan langkah itu, beliau berkata pekerja-pekerja yang mempunyai permit yang sah tidak boleh “lari dan bekerja di tempat lain” kecuali bagi majikan yang mengambil mereka bekerja.

 

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*