Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
Sejak dari awal, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September depan sudah mula menampakkan kelainan.
Ia dapat dilihat melalui acara-acara yang diatur pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral di sini hari ini.
Bermula di Putrajaya Sentral, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Jemaah Menteri menaiki Express Rail Link (ERL) ke KL Sentral dengan ‘diiringi’ kira-kira 1,000 hadirin yang menunggu sejak pukul 11 pagi.
Sebelum menaiki tren, Perdana Menteri terlebih dahulu menandatangani plak majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di stesen itu.
Sebaik tiba di KL Sentral kira-kira 45 minit kemudian, beliau disambut dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum serta laungan ’1Malaysia’ oleh lebih 5,000 hadirin termasuk pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Biz baru bermula! bulan2 dpt 10%-15% setiap bulan (gerenti!!!)Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terlebih dahulu menyampaikan ucapan alu-aluan sambil mengajak rakyat mengibar bendera dengan penuh bangga tanpa mengira perbezaan yang ada termasuk fahaman politik.
Semangat patriotik hadirin kemudiannya terus ‘dibakar’ melalui persembahan lagu-lagu seperti Malaysia Berjaya, Jalur Gemilang serta Malaysia1 oleh beberapa artis terkenal antaranya Roy, Fiq dan One Nation Emcees.
Mengambil alih pentas, Perdana Menteri dalam ucapannya mengajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dengan menyifatkan empat warna yang terdapat pada bendera kebanggaan negara itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.
“Jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan untuk kita bergerak ke hadapan.
“Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara,” katanya.
Selepas itu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil agensi-agensi kerajaan, NGO serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Incoming search terms:
- sambutan hari kemerdekaan 2011 (71)
- Hari Malaysia 2011 (67)
- ucapan hari kemerdekaan 2011 (55)
- teks ucapan kemerdekaan 2011 (41)
- Hari Malaysia (31)
- teks ucapan kemerdekaan (30)
- sambutan hari malaysia 2011 (29)
- ucapan hari merdeka 2011 (28)
- sambutan hari kemerdekaan (21)
- ucapan kemerdekaan malaysia 2011 (20)
- bulan kemerdekaan 2011 (20)
- lagu tema hari kemerdekaan ke 54 (18)
- sambutan kemerdekaan (17)
- ucapan merdeka 2011 (17)
- cerita kemerdekaan (16)




sebab 31 Ogos masih puasa…:)
merdeka…merderka..heheh..