banner

Adira AF8 kibarkan jalur gemilang di kawasan rumahnya menjelang Hari Kemerdekaan.

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) gemar mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali menjelang sambutan hari kemerdekaan negara yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun.

Jelas Adira, sejak kecil dia dan keluarga bersemangat mengibarkan seberapa banyak Jalur Gemilang di kawasan rumahnya di Ranau, Sabah.

“Kami sekeluarga memang akan memasang Jalur Gemilang sebanyak mungkin pada bulan Ogos untuk menunjukkan semangat kemerdekaan.

“Saya rasa ada lebih 50 Jalur Gemilang yang bersaiz kecil di pasang di sekeliling kawasan rumah dan beberapa bendera besar dikibarkan di hadapan rumah termasuk bendera negeri Sabah,” tuturnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Merdeka Astro, di sini, Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Fina, Erul, Aida, Burn dan beberapa penyampai radio Era dan THR Raaga.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Tambah Adira, biarpun belum dapat menyumbangkan jasa kepada negara tercinta, Adira menganggap sambutan dan semangat menghargai kemerdekaan perlu ada pada setiap generasi muda.

“Sebagai anak Malaysia sudah tentu saya ingin menyumbangkan jasa kepada negara, biarpun masih belum berpeluang namun sebagai mewakili generasi muda saya sentiasa menghargai nilai kemerdekaan ini.

“Sebagai artis saya masih boleh menyumbang dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia,” katanya.

Mengimbau kenangan ketika waktu persekolahan, Adira mengakui sering mengikuti program kemerdekaan yang dianjurkan sekolahnya.

“Semasa di sekolah dahulu, saya banyak menyertai program dan pertandingan nyanyian, lakonan dan koir tentang kemerdekaan di sekolah.

“Pada saya biarpun ia sekadar suka-suka tapi sedikit sebanyak, ia membuatkan kita faham tentang apa itu kemerdekaan,” katanya.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*