Panas!..

Bina Puri Holdings dapat projek mega di Sabah|Pembinaan KK Times Squares (Fasa 2) di Kota Kinabalu

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri) telah memperoleh satu lagi projek pembangunan mega di Sabah bernilai RM4.7 bilion, sekali gus meningkatkan jumlah buku tempahan belum bina kepada RM2.78 bilion sehingga kini.

Bina Puri dalam kenyataannya di sini berkata, urusniaga terbaharu itu diperoleh oleh anak syarikatnya, Bina Puri Construction Sdn. Bhd. (Bina Puri Construction) bagi membangunkan pusat rekreasi pelancong dan pembangunan komersial di KK Times Squares (Fasa 2) di Kota Kinabalu.

Projek yang terletak di Lebuhraya pesisir pantai di Sembulan, salah satu kawasan mewah di Kota Kinabalu itu, telah dianugerahkan oleh Syarikat Kapasi Sdn. Bhd., anak syarikat Asian Pac Holdings Bhd.

Pembangunan KK Times Square (Fasa 2) bakal merangkumi bangunan arked untuk pelancong setinggi empat tingkat, tempat meletak kenderaan aras bawah tanah dilengkapi dengan gerai-gerai jualan runcit, lima blok pangsapuri servis yang terdiri daripada 631 unit serta tempat meletak kenderaan bertingkat.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Bina Puri Construction diberikan masa selama 26 bulan untuk menyiapkannya.

“Terdapat cabaran empat penjuru dan kami memenangi projek ini bersandarkan harga yang kompetitif serta rekod lampau yang baik di Sabah dengan projek bernilai lebih RM1.5 bilion berjaya disiapkan sejak Julai 1994 dan sebuah lagi projek yang sedang dijalankan bernilai RM800 juta,” kata Pengarah Urusan Bina Puri, Tan Sri Tee Hock Seng.

Bina Puri, sebelum ini terlibat dengan beberapa projek mega di Sabah termasuk Dewan Kuliah Pusat Ke-2 dan Pusat Pasca Siswazah bagi Universiti Malaysia Sabah, Jalan raya pesisir pantai Sulaman Kota Kinabalu sejauh 88 kilometer dan Jesselton Condominium.

Di Sarawak pula, Bina Puri telah menyiapkan pembinaan Kompleks Dewan Undangan Negeri yang baharu di Petra Jaya.

Bagi tahun semasa, kumpulan telah berjaya mendapatkan beberapa projek baharu dengan nilai terkumpul kira-kira RM970 juta termasuklah Pusat Pentadbiran Negeri Sabah yang baharu dengan nilai RM388.7 juta.

Jumlah keseluruhan kesemua projek yang akan dijalankan adalah RM4.4 bilion dan ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2011.

Incoming search terms:

4 comments

  1. paling la bah manang ni Bina Puri… huhuhu…

  2. Tambah ‘mewah’ KK. Trus, sesak jalan and sesak nafas kita hehe!

  3. Sa ni kurang update pasal tender ni tapi kalau syarikat kumpulan Bina pUri ni mmg sa tau la..
    Tahniah la sbb dorg menang tu tender.. Rekod dorg pun mmg ok ba..

  4. Wah sebelah opis kamiurang…. Bagus… patutlah kna timbun sudah sana kolam hitam di sebelah tu.. itu pla projek mo kna bikin.. Wah btl2 mewah.. kalo siap lagi parkson sebelah tu maka diapit lah kami kiri kanan dgn The Biggest Parkson in KK and KKTS fasa 2.. kekekeke..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top