3 Parah dalam kejadianAmbulans terbalik di Ayer Keroh

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

 

Seorang pegawai perubatan terbaring menunggu bantuan setelah ambulans yang membawa seorang pesakit terbalik dalam kemalangan di persimpangan Seri Negeri – MITC, Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

Seorang doktor, jururawat dan pesakit wanita parah apabila ambulans yang mereka naiki dirempuh sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC, Ayer Keroh di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, pemandu ambulans dan seorang pembantu perubatan yang menaiki ambulans itu serta pemandu teksi, hanya cedera ringan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, kemalangan berlaku ketika ambulans itu dalam perjalanan menghantar pesakit ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Hospital Melaka.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Menurut beliau, sebaik sahaja tiba di simpang empat lampu isyarat itu, sebuah teksi yang datang dari arah MITC menghala ke Seri Negeri gagal dikawal lalu merempuh ambulans tersebut.

“Akibat rempuhan itu, doktor dan jururawat yang mengiringi pesakit wanita di dalam ambulans mengalami cedera parah. Kesemua mereka dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pesakit yang menaiki ambulans itu ialah mangsa samun yang ditetak dan perlu dirujuk ke HKL untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang saksi, Tan Bun Han, 40 berkata, ketika kejadian dia berada di belakang ambulans tersebut namun terpaksa berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah.

“Tiba-tiba, saya nampak sebuah teksi muncul dari arah MITC lalu merempuh bahagian belakang kiri ambulans yang menghala ke arah plaza tol Ayer Keroh.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan ambulans tersebut hilang kawalan lalu terbalik ke sebelah kanan jalan,” katanya.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Incoming search terms:

Comments

  1. alamak..sadis juga… huhu..

  2. ayoyo….ni mesti teksi tu tak nak behenti walaupon denga bunyik siren ambulans…kesiannyaaa….

  3. Aki Karut says:

    aiyo.. kesian juga oh kan.. mangsa samun lagi tu..

Trackbacks

  1. [...] ellen mengenai kejadian tiga orang parah dalam kemalangan melibatkan sebuah ambulans sampai terbalik di Ayer Keroh. Info terkini yang kita ketahui ialah pesakit wanita yang terlibat telah meninggal dunia pagi [...]

Speak Your Mind

*