Panas!..

Pemuda maut kemalangan merempuh seekor lembu di Jalan Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Seorang pemuda yang baru pulang dari membeli baju raya terbunuh manakala rakannya patah tangan selepas motosikal dinaiki mereka merempuh seekor lembu di Jalan Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Azroy Nizam Ramli, 25, dan rakannya yang membonceng motosikal dalam perjalanan ke rumah selepas membeli pakaian di Jonker Walk, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata Azroy Nizam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara rakannya patah tangan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Sungai Undang terlanggar lembu yang melintas di tengah jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, semalam.

Salehhudin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di talian 06-2834139 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, bapa saudara Azroy Nizam, Akmar Husin, 47, berkata arwah pernah terbabit dalam kemalangan kereta hingga koma selama sebulan, tahun lalu.

“Kami reda dengan pemergian arwah walaupun sedih dia tidak sempat memakai baju baru yang sudah dibeli untuk beraya,” katanya.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top