PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT) SESI DISEMBER 2011

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

Salam mesra..

Permohonan kemasukan ke program pengajian politeknik kemasukan Disember 2011 ini sebenaranya telah pun di buka sejak dari 8hb Ogos lagi. Perkongsian di sini adalah untuk rujukan Ellen dan Anak sedara Ellen yang berminat untuk memohonnya…juga pada adik2 yang ingin mendapatkan maklumat mengenai hal ini.

Permohonan ke Sesi Disember 2011 boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) sahaja dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my mulai 8 Ogos 2011.
Untuk mengakses e-Borang, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seperi berikut:

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
Kategori Pemohon
Harga No. PIN Catatan
Lulusan SPM RM 10.60 No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 16XXXX
Lulusan Sijil/Diploma Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti, lulusan Kolej Matrikulasi KPM RM 6.00 No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 41XXXX

Pemohon perlu mengemukakan MyKad semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.

Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.

Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.

Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.

Keputusan permohonan boleh diketahui pada Rabu, 26 Oktober 2011.

Untuk permohonan boleh klik ke link ini: http://www.politeknik.edu.my/eborangpoli/logineborang.aspx

Trackbacks

  1. [...] Skip to content HomeEllenKawan2 EllenMy Personal BlogSemakanSEO Tips ← PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (K… [...]

Speak Your Mind

*