Qari dari Filipina dan Qariah dari Malaysia muncul juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Qari Filipina, Mohamad A Asgar dan qariah Sabah, Nur Faten Izzati Rablin muncul juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung di Masjid Al-Azim di sini, malam tadi.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Mohamad, 29, dari Luzon dan Nur Farten Izzati, 19 masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penyertaan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

 Sementara itu qari Brunei, Awang Md Zul Hafiz Awang Tengah dan qariah dari Riau, Nurul Hayati Ismail di tempat kedua dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000, plak dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Riau Khairunnas Jamal dan qariah Sumatera Selatan Miftahul Jannah Sayuti yang menerima wang tunai RM5,000 serta sijil penyertaan. 

Seramai 38 qari dan qariah dari Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei, Kemboja, Sri Lanka, Australia, Afrika Selatan, Timor Leste, Madagascar, China, Mesir dan Malaysia menyertai tilawah kali kedua itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Presiden DMDI ketika berucap pada majlis tersebut menekankan supaya ahli DMDI menjadikan pendidikan sebagai misi utama dalam mencapai agenda Melayu.

Beliau berkata pelajar Melayu perlu mendapat pendidikan sempurna selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang sama rata kepada rakyat untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.
Katanya, dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ketika ini, kekuatan sesebuah negara semakin bergantung pada tahap atau keupayaan rakyatnya untuk menjana daya intelektual.

Mohd Ali berkata, pembinaan modal insan merangkumi proses yang lengkap dalam membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. – BERNAMA

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*