Panas!..

Rawatan buang sial dengan pilihan serah tubuh atau barang kemas

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Serah tubuh atau barang kemas. Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita.

Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas.

Bomoh berusia lewat 30-an itu berasal dari Teluk Intan, Perak, namun sebahagian besar mangsanya ditemui dan ‘dirawat’ di bilik hotel sewaannya di Jalan Klang Lama di sini antara Februari lalu hingga awal bulan ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

 Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kes terbaru berlaku pada 9 Ogos lalu selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita di kawasan Rungkup, Perak.

“Berikutan laporan itu kami menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar bomoh sebelum menipu mangsa dan meminta menyerahkan barang kemas.

“Hingga kini, dipercayai lebih 10 wanita di Kuala Lumpur dan Teluk Intan menjadi mangsanya selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 Goh berkata, suspek kini direman untuk siasatan kes di Perak dan akan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.

“Pada masa sama, polis masih memburu seorang rakan suspek yang dipercayai bersubahat dengannya,” katanya.

Incoming search terms:

7 comments

  1. Pecaya betul badan ada sial… Ntah dari mana dia tau badan dia sial??? Sendiri tercari sial… palis2

  2. rawatan buang sial?
    ada ke sial-sial ni?

  3. kalu sudah namanya bomoh memng tidak bagus bh sis..dei ni pun kan…

  4. Yang mangsa pun satu..kenapa boleh percaya bomoh begitu..itupun langsung tidak fikir logik….

  5. kalau ya pun nak jadi bomoh,jgn la minta benda terlampau lampau mcm tu…. adeiii

  6. kenapa mudah sangat percaya kan bomoh tu ya? geram!

  7. Huhu.. mo kasi bagus hubungan sama suami mo guna bomoh ka?? cari punca masalah la baru cari penyelesaian masalah. semua masalah dari perbuatan/sikap diri masing2.. Baru nikali sy dengar ada orang mengaku sial.. hahaha.. yalah sebab kalo tidak mengaku sial mana lah diorang pandai pigi minta buang sial.. Orang yang minta buang sial tu jak yang mengaku diri dia sial.. Tapi yang lucu, bila kna cakap “sial kau!” sy sangat pasti n kompom memang dia marah punya kna cakap mcm tu.hahahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top