Panas!..

Tanah runtuh di Cameron Highland: Ianya di sebabkan oleh Malapetaka alam bukan pembangunan

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

 Laporan awal kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands tidak menunjukkan ia berlaku akibat pembangunan atau penerokaan tanah, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sebaliknya, kata beliau kejadian yang meragut tujuh nyawa pada 7 Ogos lepas itu dikategorikan sebagai bencana alam. “Saya difahamkan mengikut laporan awal, di atas bukit terjadi takungan air, oleh kerana air terlampau banyak, hujan lebat, akhirnya tanah runtuh.

“Saya pada mulanya ingatkan kerana pembangunan rupanya memang malapetaka alam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Tragedi itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi parah.

Adnan berkata kerajaan negeri Pahang akan menyumbangkan bantuan berjumlah RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia manakala RM3,000 kepada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Kerajaan bercadang menempatkan semula penduduk di kampung berkenaan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke kawasan yang tidak mempunyai risiko berlakunya tanah runtuh.

“Kita akan cuba memujuk keluarga-keluarga berkenaan untuk kita adakan penempatan semula, namun psikologi dan budaya saudara kita Orang Asli ini, mereka agak sukar untuk pindah.

“Kita akan tengok ikut kesesuaian, kalau tidak, kita cari kawasan sama yang tidak ada ancaman tanah runtuh pada masa depan,” katanya. -BERNAMA

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

One comment

  1. struktur tanah tu semakin lemah…sudah takdir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top