Panas!..

16,010 anggota Polis pangkat Lans Koperal akan di naikkan pangkat ke Koperal

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

Seramai 16,010 anggota polis berpangkat Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka iaitu selepas lima tahun berkhidmat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata melalui kaedah kenaikan pangkat itu, anggota berpangkat Lans Koperal yang memenuhi syarat perkhidmatan, layak dinaikkan ke pangkat Koperal tanpa melalui proses temuduga.

 “Selepas lima tahun perkhidmatan sebagai Lans Koperal, anggota tersebut layak dinaikkan pangkat jika memenuhi syarat perkhidmatan iaitu lulus undang-undang tetap jabatan, lulus tapisan jabatan dan diperakukan oleh pegawai pemerintah,” katanya.
 Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Makmal Forensik, Maktab Polis Diraja Malaysia di sini malam ini.
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Ismail berkata, fasa pertama selesai dilaksanakan pada 15 Julai lalu yang membabitkan 1,294 anggota dinaikkan pangkat manakala fasa seterusnya iaitu 14,716 anggota lagi akan dinaikkan pangkat secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

“Kenaikan pangkat Lans Koperal ini membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan namun jumlah itu sememangnya di dalam bajet yang sudah diperuntukkan kepada PDRM dan tentunya keputusan kenaikan pangkat secara ‘time based’ (tempoh perkhidmatan) ini akan menambahkan motivasi dan kualiti perkhidmatan PDRM,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun untuk kenaikan pangkat kategori seterusnya iaitu Koperal ke Sarjan, Sarjan ke Sarjan Mejar dan Sarjan Mejar ke Subs Inspektor kaedah temu duga masih diguna pakai.

Melalui kaedah ‘time based’ yang diperkenalkan Perdana Menteri pada Sambutan Hari Polis Ke-203, tahun lalu, anggota berpangkat Konstabel akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal selepas tiga tahun berkhidmat manakala Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal selepas lima tahun. – BERNAMA

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top