Panas!..

Klip Video Siti Nurhaliza- Falling in Love, Menggunakan konsep Flashmob dan 200 Peminatnya sebagai penari

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Setelah Falling In Love, single pertama dari album Inggeris pertamanya mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, hari ini penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza menjalani penggambaran untuk klip video single tersebut.

Mengambil konsep flashmob, klip video tersebut yang hanya dirakamkan menggunakan satu kamera telah diarahkan oleh Khairul Azri dari PhuturePhlow.

“Konsep flashmob sudah biasa dilakukan oleh artis antarabangsa dan untuk lagu Falling In Love, Siti rasa menarik kalau kami masukkan elemen tersebut. Lebih-lebih lagi yang terlibat ialah peminat-peminat Siti sendiri selain penari professional. Kalau boleh Siti mahu peminat yang suka dengan lagu ini akan gembira bila dapat terlibat dalam pembikinan klip video ini,” ujar Siti.

Lebih 200 penari yang sebahagian besar daripadanya merupakan peminat Siti sendiri, Siti menjelaskan perbezaan paling ketara klip video tersebut berbanding yang sebelum ini.

“Ini merupakan klip video Siti yang paling cepat disiapkan sepanjang kerjaya Siti. Siti pernah menjalani penggambaran klip video sehari suntuk. Kadang-kadang satu hari pun tidak selesai. Namun klip video ini sekejap saja kerana ia disiapkan dalam tempoh 5 jam sahaja. Penggambaran hanya gunakan satu kamera dan satu take sahaja. Siti tidak perlu menukar pakaian banyak kali dalam klip video ini, tambah Siti lagi.

Penggambaran yang dilakukan berdekatan Bukit Bintang Entrance pusat membeli-belah Pavilion itu diulang sebanyak lebih 10 kali bagi mendapatkan shot yang terbaik sebelum disunting.

“Memang ia kerja yang memenatkan kerana kami perlu melakukannya berkali-kali untuk memastikan itulah shot terbaik yang berjaya dirakamkan. Kami perlu meneliti setiap pergerakan penari, kedudukan penari dan juga persekitaran yang agak sukar dikawal. Ada satu ketika penggambaran terpaksa diulang kerana terdapat beberapa pelancong asing yang tidak sedar berada di dalam shot dan mahu mengambil gambar ketika Siti sedang melakonkan wataknya,” tambah Siti mengingati semula kenangan-kenangan melucukan yang berlaku ketika penggambaran tersebut.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Pernah merakamkan klip video bersama aktor popular Indonesia iaitu Nicholas Saputra, Siti amat berpuas hati dapat bekerjasama dengan PhturePhlow yang pernah menerbitkan klip video Butterfingers seperti Seribu Tahun dan Mati Hidup Kembali.

“Siti senang bekerja dengan mereka kerana mereka satu kepala. Masing-masing tahu apa yang Siti inginkan dan kena dengan konsep dan muzik yang Siti bawakan. Siti dapat rasakan klip video ini berbeza dengan apa yang pernah Siti berikan sebelum ini,” tambah Siti lagi.

Mengenakan trench coat berwarna ungu bercorak kotak yang ditaja oleh Burberry dipadankan dengan aksesori tajaan Mont Blanc, Siti sempat melayangkan ucapan terima kasihnya buat lebih 200 peminatnya yang hadir untuk turut sama dalam pembikinan klip video tersebut.

“Siti tidak sangka ada di antara mereka yang sanggup bercuti demi menjayakan klip video ini. Mereka sanggup mengulang penggambaran apabila diarahkan untuk berbuat demikian dan tidak merungut. Siti mahu mereka merasai apa yang telah Siti lalui sepanjang lebih 15 tahun dan sama-sama menikmati hasilnya dalam klip video ini,” ulas Siti kepada para peminatnya yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya selama ini.

Klip video Falling In Love dijangka dilancarkan pada 26 September ini di majlis pelancaran album Inggeris pertamanya, All For Love yang akan mula dipasarkan pada 24 September ini. Lagu-lagu dari album tersebut juga boleh dibeli menerusi iTunes.

Corat-Coret

1.    Penggambaran klip video tersebut hanya menggunakan satu kamera dengan satu take sahaja. Proses suntingan hanya untuk memasukkan playback lagu dan menyesuaikan warna.
2.    Hujan renyai-renyai mula turun sejurus pengarah klip video tersebut selesai menjalankan tugasnya.
3.    Penggambaran tersebut diulang sebanyak 12 kali bagi mendapatkan shot yang terbaik.
4.    Siti yang hadir mengenakan kasut miliknya sempat membeli sepasang kasut baru berjenama Coach bagi setelah melihat kasut itu diperagakan di luar kaca butik tersebut.
5.    Beberapa pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto bersama Siti sewaktu penggambaran berhenti rehat, tidak ketinggalan peminat Siti sendiri.
6.    Seorang pelancong asing telah bermurah hati membelikan Siti seketul bun roti dari The Loaf.
7.    Namun demikian gelagat aneh pelancong tersebut membuatkan petugas keselamatan memberikan sepenuh tumpuan kepada Siti bagi menjaga keselamatan penyanyi nombor satu negara itu.
8.    Pada mulanya Siti mengenakan jaket berwarna jingga, namun menukar dengan trench coat berjenama Burberry yang baru sahaja dipilih di pusat membeli-belah Pavilion.

 

 

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top