Lelaki hidung belang di Negara lebih memilih pelacur vietnam

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

¬†Semakin ramai lelaki ‘berhidung belang’ di negara ini dikesan memilih gadis Vietnam sebagai pelayan nafsu menyebabkan permintaan terhadap pelacur dari negara berkenaan meningkat berbanding negara-negara lain.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Sumber Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman berkata, permintaan tinggi terhadap pelacur Vietnam itu diambil kesempatan oleh pemilik pusat hiburan dan rumah urut untuk membawa masuk gadis-gadis dari negara tersebut bekerja dengan mereka.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan berlaku kebanjiran gadis Vietnam bekerja sebagai tukang urut dan gadis pelayan pelanggan (GRO) di bandar-bandar tumpuan utama di negara ini.

Katanya, maklum balas diterima daripada lelaki-lelaki yang pernah melanggan pelacur Vietnam mendapati terdapat banyak faktor mendorong mereka memilih mendapatkan khidmat daripada gadis negara berkenaan.

“Antaranya harga perkhidmatan seks ditawarkan mereka adalah murah iaitu RM100 hingga RM200 berbanding lebih RM200 dikenakan oleh pelacur China.

“Walaupun mengenakan bayaran rendah, namun pelanggan berpuas hati dengan layanan diberikan kerana sifat semulajadi gadis Vietnam yang mesra dan manja,” katanya kepada di sini hari ini.

Selain itu, gadis Vietnam juga memenuhi cita rasa lelaki tempatan kerana cara kehidupan mereka tidak jauh berbeza dengan rakyat negara ini, malah boleh menguasai bahasa Melayu dan Mandarin dengan baik yang memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Kata sumber lagi, wanita dari negara itu turut memiliki paras rupa yang cantik kerana mirip gadis China dan Thailand.

Selain itu, usaha membawa mereka masuk ke negara ini juga mudah kerana adanya perkhidmatan penerbangan tambang murah secara terus ke bandar Ho Chi Minh di Vietnam dan jalan darat melalui sempadan Thailand.

“Di pusat-pusat hiburan, ramai pelanggan memilih GRO Vietnam berbanding China kerana mereka setia melanggan pelanggan.

“Dengan hanya memberi tip RM50, mereka akan duduk melayan pelanggan minum dan tidak banyak kerenah. Ini berbeza dengan GRO China yang bersikap seperti ‘rama-rama’ iaitu tidak kekal melayan seorang pelanggan walaupun sudah dibayar tip,” katanya.

Tangkapan dibuat sebelum ini, mendapati kebanyakan gadis Vietnam terlibat dalam pelacuran di negara ini berusia antara 18 tahun hingga awal 30-an.

Menurutnya, kemasukan mereka ke Malaysia biasanya diuruskan oleh ‘bapa ayam’ di Vietnam atau pemilik pusat-pusat urut dan hiburan di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong.

Katanya, bagi yang sudah biasa dengan negara ini, mereka tidak lagi memerlukan khidmat ‘bapa ayam’ dan bergerak sendiri mencari pelanggan.

Speak Your Mind

*