Panas!..

Nelayan Di Baham Buaya di Sungai Seblak, Kampung Melayu Roban, Saratok, Sarawak

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

Seorang nelayan dikhuatiri maut dibaham buaya sepanjang empat meter ketika memungut hasil tangkapan di Sungai Seblak, Kampung Melayu Roban dekat sini awal pagi ini.

Sulaiman Abdullah, 68, dipercayai dibaham reptilia itu ketika memungut hasil tangkapan bersama seorang anak dan cucunya kira-kira pukul 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Thai Lein berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 5 pagi ini daripada penduduk kampung.

Menurutnya, berikutan itu, polis melancarkan operasi mencari mangsa bermula pukul 9 pagi ini bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

“Ketika mencari, seorang sepupu mangsa dikatakan ternampak kelibat reptilia itu bersama mayat mangsa yang berada dalam mulutnya, kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

“Susulan itu, polis mengarahkan operasi mencari mayat mangsa dihentikan seketika kerana khuatir buaya tersebut akan mengganas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Thai Lein memberitahu, pihaknya menghadapi sedikit kesukaran dalam operasi mencari mayat mangsa ekoran air sungai yang kadang kala surut serta cetek.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meneruskan operasi berkenaan sehingga menemui mayat tersebut.

“Memang tidak dinafikan terdapat reptilia berkenaan di sungai ini, malah saya sendiri pernah ternampak empat hingga lima ekor buaya ketika mengetuai operasi membunuh haiwan itu beberapa bulan lalu.

“Ini merupakan kejadian kedua selepas kejadian pertama serangan buaya berlaku di Sungai Empelam di Saratok pada Julai lalu,” katanya.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top