Perkahwinan Yasmin Hani dan Shahrin Razali : Tarikh masih menjadi teka teki

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

Entry sebelum mengenai kisah ini boleh di lihat di sini

Yasmin Hani akan berkahwin dengan Shahrin Razali[Bekas suami Ida Nerina]

Selebriti lain bagaikan berlumba-lumba mengumumkan tarikh pernikahan atau perkahwinan mereka, tetapi lain pula halnya dengan pelakon dan pengacara seorang ini. Walaupun didesak beberapa kali, Yasmin Hani tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengumumkan tarikh pernikahannya. Jelas Yasmin, dia terpaksa merahsiakannya kerana ingin menjaga hati ramai pihak.

“Saya tidak mahu ada pihak yang terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri perkahwinan saya. Jadi lebih baik saya tidak umumkan tarikh perkahwinan itu. Macam yang pernah saya katakan sebelum ini, majlis itu nanti hanya diadakan secara sederhana. Jadi, hanya saudara-mara terdekat dan rakan-rakan rapat sahaja yang  dijemput.  Saya cuma boleh berkata majlis pernikahan dan resepsi akan berlangsung pada bulan Oktober hadapan,” ulas Yasmin Hani yang ditemui ketika sambutan rumah terbuka Celepets petang kelmarin.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Walaupun enggan mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Shahrin Blackrose, Yasmin tidak pula lokek bercerita tentang persediaan perkahwinannya itu. Menurut  selebriti berdarah kacukan ini, setakat ini semua persiapan berjalan dengan lancar.

“Untuk majlis pernikahan nanti saya akan mengayakan sepasang busana Off White dari Qamilla, SACC Mall, Shah Alam. Manakala untuk majlis resepsi di sebelah malamnya, saya akan menggayakan busana rekaan Hatta Dolmat. Juga berwarna Off White. Untuk merakamkan detik-detik manis majlis itu nanti, saya telah lantik Avicenna Studios sebagai jurufoto dan juruvideo rasmi,” ujar Yasmin Hani yang memilih tema perkahwinan dalam taman untuk majlis resepsi yang akan berlangsung di Dutchess Place, Jalan Ampang itu.

Buat yang masih tidak jelas tentang jejaka pilihan Yasmin Hani, dimaklumkan sekali lagi bahawa Yasmin Hani bakal menamatkan zaman solonya bersama Sha’arin Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Shahrin Blackrose. Sebelum ini Shahrin pernah  berkahwin dengan aktres Ida Nerina pada 2 Jun 2006 dan disahkan bercerai pada 13 Disember 2010.

Perkahwinan Shahrin dan Ida Nerina tidak dikurniakan cahayamata. Bagaimanapun, Shahrin mempunyai dua orang anak, Narissa, 15, dan Arman, 9, dari perkahwinan pertamanya.

Speak Your Mind

*