Tragedi Jip Terbang dalam kemalangan di Kilometer 214.9, Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Gambar Hiasan

Artikel berkaitan dengan kes ini , sila klik link di bawah:-

Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di km214.9, Lebuh Raya Pantai Timur

“Pada pertemuan raya pertama, arwah pernah memberitahu mahu berhenti kerja di Awana Kijal, Kemaman dan pulang ke Karak, Bentong untuk memulakan pekerjaan baru.

“Namun, semua impian itu berakhir apabila arwah meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan itu,” kata Mohd Nasir Harun, 54, abang ipar kepada Mustapa Kamal Samah, 40, dari Kampung Karak Setia, Karak, dekat Bentong, yang terbunuh apabila kereta Proton Satria yang dipandunya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 214.9, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berdekatan susur keluar Tol Gambang, petang kelmarin.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, turut terbunuh pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, Wong Hong Yen, 40, yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, ketika menerima rawatan dan seorang lagi pemandu kereta Mercedes Benz, Yee Koi Chee, 68, dari Air Putih, di sini, yang maut di tempat kejadian.

Difahamkan, Yee yang juga ahli perniagaan, dijadual bakal menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada hujung bulan ini.

Pada masa sama, isteri Yee, Chew Moy, 64, yang berada di dalam kereta bersama suaminya dikatakan hanya cedera ringan dan masih dirawat di HTAA.

Menceritakan semula kejadian itu, Mohd Nasir berkata, dia mendapat panggilan berhubung kemalangan itu melalui orang awam yang menghubunginya dengan menggunakan telefon bimbit milik arwah sebelum bergegas ke tempat kejadian.

 Menurutnya, dia reda dengan pemergian arwah selepas terbabit dalam kemalangan ngeri itu dan kali terakhir bertemu dengan arwah pada hari raya pertama.

Katanya, dalam pertemuan itu, arwah pernah memberitahu hendak pulang bekerja di Karak selepas lebih 14 tahun bekerja di Awana Kijal, Kemaman selain merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*