Panas!..

BERITA NTV7 BOLEH DITONTON SECARA ONLINE

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

NTV7 lancar portal rasmi berita membolehkan pengguna menonton berita 7 Edition dan Mandarin 7, melalui Internet bila-bila masa dan di mana juga sama ada dari dalam atau luar negara.

Menurut Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa ntv7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail, pelancaran portal itu selaras profil penonton ntv7 yang sebahagian besarnya lebih selesa dengan Internet seperti masyarakat bandar, golongan eksekutif dan generasi muda.

“Kesibukan masa kini mengekang penonton menonton berita pada waktu perdana namun melalui portal berita ini, pengguna masih boleh mengikuti isu semasa dan berita terkini tanpa sempadan tempat dan waktu,” katanya dalam kenyataan akhbar dikeluarkan, di sini, semalam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

 “Malah, portal ini boleh diakses mendapatkan isu dan berita semasa walau ketika berada di luar negara dan ntv7 percaya dapat membantu rakyat negara ini di seberang laut terutama masyarakat Cina dan pelajar bagi mendapatkan perkembangan terbaru tanah air,” katanya.

Laman portal rasmi berita itu direka mesra pengguna sama ada melalui pemain video bebas, telefon bimbit pintar dan tablet digital seperti iPad dan Android.

Bagi memudahkan pengguna, setiap berita dikategorikan kepada tempatan, antarabangsa, perniagaan, sukan dan rencana malah pengguna juga boleh berkongsi bersama rakan menerusi laman sosial Facebook, Twitter atau e-mel dengan menekan butang ‘kongsi’.

Pengguna juga tidak perlu menunggu waktu siaran sebenar berita kerana setiap berita terkini akan terus dimuat naik untuk tontonan pengguna dengan hanya melayari www.ntv7.com. my/news.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top