Panas!..

BERSETUBUH BELAKANG TANGGA, REMAJA DIBELASAH TERUK OLEH BAPA SI GADIS

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Akibat menjalin hubungan terlarang dan tergamak menodai rakan perempuannya, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Udang, dekat sini, menerima padah apabila dibelasah hingga parah oleh bapa mangsa yang menemuinya di dalam bilik tidur anak gadisnya itu.

Dalam kejadian antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam itu, pelajar berusia 16 tahun itu cedera hampir di seluruh badan terutama di perut, muka, leher selain kaki dan tangan lebam serta bengkak akibat dibelasah termasuk menggunakan kayu.

Difahamkan, pelajar itu kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan dialaminya.

Menurut sumber polis, kejadian berpunca apabila dia menjalin hubungan cinta dengan anak seorang pegawai anggota keselamatan berusia 13 tahun tanpa pengetahuan keluarganya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Katanya, kemuncaknya, pelajar terbabit memperkosa kekasihnya di belakang tangga rumah mangsa di sebuah taman di Sungai Udang pertengahan September lalu, kira-kira jam 2 pagi.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit kerap menyelinap ke dalam rumah kekasihnya tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Begitupun katanya, bapa gadis itu berusia 40-an akhirnya menghidu perbuatan terkutuk itu.

“Pada jam 10.30 malam, 27 September lalu, pelajar lelaki itu sekali lagi menyelinap masuk ke bilik tidur kekasihnya.

“Tindakan itu disedari bapa mangsa yang berang melihat pelajar itu berselimut di atas katil anak gadisnya lalu berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum lelaki itu memukul pelajar terbabit.

“Dia turut menghubungi tiga rakannya yang turut membelasah mangsa hingga parah,” katanya.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top