banner

BERSETUBUH SEBAGAI PERSEDIAAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA-ALASAN DITANGKAP KHALWAT

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

 Alasan sepasang kekasih berkhalwat kerana membuat persediaan untuk mendirikan rumah tangga selain akan melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah tidak dapat mengubah ketegasan seorang hakim syarie menjatuhkan hukuman.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Justeru, masing-masing didenda RM2,500 selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan persediaan melakukan persetubuhan di sebuah hotel, dekat sini.

Selain itu, pasangan terbabit diarahkan dipenjarakan dua bulan jika gagal menjelaskan denda dikenakan apabila mahkamah diadili Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah mendapati kedua-duanya bersalah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Hukuman ditetapkan selepas mendengar fakta pertuduhan, pengakuan bersalah dan mengambil kira rayuan kedua-dua tertuduh.

Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah pagi semalam menyaksikan tertuduh, Hafiz Ibrahim, 22, dari Marang, Terengganu dan pasa-ngannya, Nurul Afifah Hussein, 21 dari Alor Tembesu, Dungun, menghadapi dakwaan kesala-han jenayah syariah selepas mereka ditahan sepasu-kan anggota Penguat Kuasa Syariah ketika berada di sebuah sebuah hotel di Jalan Paka, Dungun Terengganu pada jam lebih kurang 1.35 pagi, 25 Julai 2011.

Berdasarkan kepada fakta kes, ketika serbuan tersebut dilakukan, pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki (tertuduh lelaki).

Hasil pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa mendapati seorang perempuan sedang tidur atas katil sambil berselimut dan kedua-duanya setelah disoal siasat tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim yang sah.

Sementara itu, sehelai seluar dalam lelaki milik tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik mekanikal dan sehelai seluar dalam perempuan milik tertuduh perempuan yang bekerja kerani, baju T, sekotak kondom termasuk dua daripadanya sudah digunakan turut dirampas sebagai bahan bukti serta dibawa ke mahkamah untuk mensabitkan kesalahan ke atas kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, pasangan terbabit bernasib baik daripada menjadi penghuni tirai besi selepas kedua-duanya menjelaskan bayaran RM2,500 kepada mahkamah sebagai hukuman yang dijatuhkan untuk membolehkan kedua-duanya dibebaskan. 

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*