GAMBIT PENYEBAB PERBALAHAN ANTARA JULIA ZIEGLER DENGAN SHARIFAH SAKINAH

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

“Pendapat saya, jika nak pilih kawan, kena lebih berhati-hati lagi selepas ini.” Itulah ayat pertama yang diungkapkan oleh pendatang baru, Sharifah Sakinah apabila diminta mengulas mengenai isu tentang dirinya yang semakin hangat diperkatakan sekarang. Sakinah dikatakan telah menyebar semula fitnah lama mengenai pelakon, Julia Ziegler sehingga aktres filem ‘Jangan Tegur’ tersebut bengang dengan tindakannya itu. Setelah agak lama mendiamkan diri, pelakon drama ‘Ana Lulu’ ini akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar yang berlaku.

“Ini kali pertama saya tampil memberi komen kepada media. Sebelum ini semua wartawan telefon, saya cakap tidak ada apa-apa dan enggan komen kerana tidak mahu membesarkan lagi perkara ini. Namun, disebabkan perkara ini melibatkan keluarga saya sehingga kakak saya yang tidak bersalah diserang dan dimaki hamun, saya tak boleh berdiam diri lagi,” ujarnya ketika dihubungi.

Julia dikatakan menyerang pengacara dan pelakon popular, Sharifah Shahira ketika di majlis resepsi Norman dan Memey kerana marah dengan tindakan Sakinah. Ketika majlis tersebut, Julia meninggikan suara kepada Shahira serta menyerang penyampai radio Suria FM itu dengan kata-kata kurang enak di mana melibatkan agama dan keluarga.

“Pertama, saya terkejut yang Julia cakap begitu kepada kakak saya. Kakak saya tak tahu apa yang berlaku. Kesian pada kakak saya. Julia marah kakak saya dan saya juga marahkan Julia kerana perbuatannya itu. Walau bagaimanapun, saya maafkan dia. Saya juga dah cakap dengan kakak saya agar jangan marahkan Julia lagi,” bicara gadis berusia 22 tahun ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

“Serius saya tak salahkan Julia dalam hal ini. Bukan salah Julia dan bukan juga salah semua orang. Saya sebenarnya malas nak cakap sebab tak nak nanti isu ini berpanjangan. Cuma saya rasa, saya perlu cerita hal yang sebenar supaya orang tidak terus menyalahkan saya.

“Saya pernah bekerja dan mula kenal Gambit pada bulan Julai lalu. Masa saya kawan dengan Gambit, dia suruh saya cerita pasal Julia. Pada mulanya saya cakap saya tak nak ambil tahu hal orang, tapi Gambit terus mendesak saya untuk bercerita pasal Julia.

“Saya geram gila sebab dia terus tanya saya pasal Julia. Saya tak ada niat nak buat cerita atau fitnah terhadap Julia. Dia yang desak saya supaya beritahu apa yang saya tahu tentang Julia. Saya tak tahu kenapa dia tanya saya dan pelik kenapa dia tak nak tanya Julia sendiri. Gambit tanya banyak kali sampai saya kena fikir dan korek apa cerita yang saya pernah dengar tentang Julia.

“Dia yang buka cerita pasal ini. Dia terus mendesak saya padahal cerita itu dah lama dah. Serius saya tak marahkan Julia. Jika orang buat macam itu, saya pun marah juga. Saya pelik kenapa selepas mendesak saya, dia kena beritahu Julia. Kau dah paksa aku cakap dan tiba-tiba, kau kena cakap pada orang lain. Selepas itu, Julia hubungi saya tanya apa yang saya cakap. Jika saya nak fitnah, saya dah beritahu semua orang. Tapi saya hanya cakap dengan Gambit kerana dia yang mendesak saya untuk bercerita,” jelas pengacara program Papparazi di KRU TV ini.

“Saya pun tak tahu kenapa Julia nak marah sangat. Jika dia cemburu kepada saya, Gambit sendiri cakap dia tak bercinta dengan Julia. Saya tak faham, pasal seorang lelaki, habis semua orang dia nak marah. Apa-apapun, saya mengakui kesilapan saya kerana bercerita tentang hal orang lain. Cuma lepas ini, saya dah tak boleh nak percaya siapa-siapa lagi.

“Bagi saya semua orang tahu benda yang sebenarnya. Salah saya sendiri dan saya belajar dari kesilapan. Lepas ini saya kena pandai pilih kawan dan apa yang saya boleh katakan, kepercayaan saya pada Gambit dah tak ada,” jelasnya mengakhiri perbualan.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*