banner

JUAL RUMAH DALAM TEMPOH KURANG DUA TAHUN – 10% CUKAI DIKENAKAN

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

Pemilik rumah bakal dikenakan cukai keuntungan penjualan hartanah sebanyak 10 peratus sekiranya mereka menjual semula premis itu dalam tempoh kurang dua tahun dari tempoh pembelian mulai tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, cukai itu dinaikkan dari lima peratus tahun ini kepada 10 peratus tahun depan bagi membendung aktiviti berkenaan yang disifatkan sebagai tidak sihat.

“Cukai yang dikenakan ini tidak akan menjejaskan perkembangan sektor perumahan sebaliknya mewujudkan persekitaran pembangunan perumahan yang lebih sihat.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

“Kementerian sentiasa memantau perkembangan projek perumahan dan pasaran jual-beli rumah masih terkawal, sekarang masih tidak memerlukan campur tangan kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai fenomena harga rumah yang melambung tinggi sehingga melebihi RM500,000 di sekitar Lembah Klang.

Menurut Chee Heung, adalah menjadi tanggungjawab kementerian untuk memastikan harga rumah tidak melambung tinggi dan sentiasa terkawal.

Sementara itu, Chee Heung yakin pelancaran lebih banyak perumahan mampu milik dan Program Perumahan Rakyat (PPR) dapat membendung peningkatan harga rumah lain.

“Dengan pelancaran rumah mampu milik dan PPR sedikit sebanyak akan menyebabkan harga rumah lain menurun,” ujarnya.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*