KWSP PERKENALKAN SEMULA SKIM PEMBELIAN KOMPUTER

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

KERAJAAN disarankan memperkenalkan kembali skim pembelian komputer menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagaimana diperkenalkan suatu ketika dulu dalam Bajet 2012 dibentangkan Jumaat ini.

Pengurus Besar Acer Sales Services Sdn Bhd (Acer), Ricky Tan berpendapat, skim itu disediakan bagi memenuhi keperluan teknologi maklumat (IT) dan mencapai hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat celik komputer serta meningkatkan kadar penembusan PC di kalangan rakyat pelbagai peringkat.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

“Ia memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan terutama di kawasan luar bandar untuk memiliki komputer sendiri, namun pembeliannya perlu dipantau ketat pihak kerajaan,” katanya selepas majlis pengenalan notebook terbaru Acer di Kuala Lumpur, semalam.

 Pada masa sama, Tan juga berharap kerajaan dapat mengurangkan tempoh pelepasan cukai bagi pembelian komputer dari tiga tahun kepada dua tahun bagi memastikan pengguna memperoleh produk IT terkini.

Pelepasan cukai pembelian komputer sebanyak RM3,000 kini dilaksanakan bagi setiap tiga tahun.

Mengenai pengenalan notebook terbaru itu, Aspire S3 Ultrabook berharga RM2,599 disasarkan dapat dijual sebanyak 5,000 unit menjelang akhir tahun ini.

 “Menerusi model terbaru ini, Acer berupaya menawarkan pengalaman lengkap, sambungan lancar dan pengalaman penggunaan yang unik,” katanya.

Speak Your Mind

*