MISBUN RAMDAN BAKAL PENGANTI PEMAIN NO 1 DUNIA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

MISBUN RAMDAN (kanan) bersalaman dengan Datuk Lee Chong Wei selepas dia tewas pada aksi separuh akhir GP Kebangsaan di Bukit Kiara kelmarin.

SIAPA bakal pengganti jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei? Itu persoalan yang sering bermain di bibir peminat-peminat sukan badminton tanah air.

Sehingga kini, masih belum ada bayangan yang jelas terhadap pemain yang mampu menggantikan tempat Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia.

Jika dibuat penilaian, Malaysia sebenarnya bukanlah ketandusan pemain-pemain muda berbakat namun entah mana silapnya, mereka dilihat tenggelam dek kehebatan pemain-pemain lain yang seusia dengan mereka dari negara-negara lain, ter- utamanya China.

Tatkala Chong Wei dilapor bakal mena- matkan kariernya selaku pemain badminton sebaik tamat temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pastinya pening memikirkan mengenai situasi yang melanda itu.

Secara dasarnya, ramai pemain-pemain muda berbakat di bawah naungan BAM seperti Liew Darren, Chong Wei Feng, Mohd. Arif Abdul Latif, Goh Soon Huat, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Misbun Ramdan Misbun.

Malah, Malaysia memiliki juara remaja Asia, Zulfadli Zulkifli.

Salah seorang antara mereka mahu ataupun pun tidak perlu menggantikan tempat Chong Wei sekiranya pemain itu bersara kelak.

Namun masalah utamanya, sejauh mana tahap persediaan mereka bagi menggalas tugas selaku pemain badminton No. 1 negara apatah lagi hendak menggantikan kedudukan Chong Wei selaku pemain No. 1 dunia, itu memang jauh sama sekali.

Apa tidaknya, pencapaian mereka dalam kejohanan di pentas antarabangsa tidaklah setinggi mana. Dalam kejohanan tempatan pun masih bergelut dengan prestasi tidak menentu, inikan pula mahu merekodkan kejayaan di peringkat lebih tinggi.

Apa juga masalah yang dihadapi, BAM perlu mencari formula terbaik untuk mencari seorang pemain yang benar-benar mampu untuk menggantikan Chong Wei sekiranya tidak mahu menyaksikan arena sukan badminton negara jatuh merosot di pentas antarabangsa.

Berdasarkan prestasi semasa, Ramdan dilihat berpotensi besar untuk membawa cabaran Malaysia sebagai pemain perseorangan No. 1 negara menggantikan Chong Wei.

Setelah tiga tahun berada di bawah naungan BAM, anak kepada bekas ‘sifu’ Chong Wei, Datuk Misbun Sidek ini telah banyak mempamerkan peningkatan dalam kariernya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Terbaharu, Ramdan berjaya merekodkan pencapaian yang boleh dibanggakan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (Emas) Terbuka Indonesia minggu lalu.

Ia merupakan pencapaian terbaik pemain berusia 20 tahun itu sepanjang kariernya di pentas antarabangsa.

Turut memasang impian untuk menggantikan Chong Wei selaku jaguh No. 1 negara, Ramdan meletakkan dua tahun sekarang untuk dia merealisasikan hasrat- nya itu.

“Sampai bila kita hendak mengharapkan Chong Wei untuk menggalas cabaran negara dalam kejohanan-kejohanan besar di peringkat antarabangsa kerana dia juga pasti akan bersara.

“Sebab itu, saya meletakkan sasaran dua tahun daripada sekarang untuk mengambil alih kedudukannya.

“Saya tahu ia bukan suatu yang mudah buat saya tetapi saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik dan meningkatkan lagi tahap permainan saya bagi mencapai matlamat tersebut,” kata Ramdan ketika ditemui¬†Kosmo! Ahad¬†kelmarin.

Jelas Ramdan, BAM sudah memberikan banyak pendedahan beraksi di pentas antarabangsa sejak bersama badan induk tersebut dan kini hanya terpulang kepada dirinya sahaja untuk membuktikan yang dia mampu menggantikan tempat Chong Wei.

“Pendedahan sudah banyak dan saya juga mendapat rakan sepelatih yang mampu untuk memberikan tentangan kepada saya. Kini, tinggal diri saya sahaja sama ada mahu melakukannya ataupun tidak.

“Jauh di sudut hati saya, saya percaya saya boleh melakukannya dan hanya masa sahaja akan menentukan segalanya,” jelas Ramdan.

Peningkatan yang dipamerkan Ramdan jelas ketara apabila dia berjaya melangkah sehingga peringkat separuh akhir  Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan 2011 sebelum dia terpaksa akur dengan ke- hebatan tangan Chong Wei pada aksi peringkat separuh akhir.

Sebelum itu, dia berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan finalis tahun lalu, Arif pada aksi peringkat Kumpulan C untuk me- mastikan slot beraksi di peringkat separuh akhir.

“Melalui kejohanan ini saya banyak bela- jar, terutamanya ketika beredepan Chong Wei pada peringkat separuh akhir hari ini (kelmarin).

“Masih ada kelemahan dalam corak permainan saya dan saya akan memperbaiki pada masa akan datang,” kata Ramdan.

Kini, sama ada Ramdan mampu mereali- sasikan impiannya itu ataupun tidak, hanya masa akan menentukan.

Yang pasti, tidak kiralah Ramdan atau mana-mana pemain sekalipun, Malaysia perlu mencari pengganti kepada Chong Wei agar kesinambungan sukan badminton negara boleh diteruskan di pentas antarabangsa.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*