PEMBUNUHAN TIGA SEKELUARGA DI SIBU BUKAN ROMPAKAN TAPI PERGADUHAN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

 

 

 

ANGGOTA polis memeriksa keadaan tiga beranak yang dibunuh kejam oleh suspek warga asing dalam kejadian rompakan di Sibu, Sarawak,

Entry berkaitan dengan kejadian ini boleh di baca di sini:

TIGA SEKELUARGA MATI DI BUNUH DENGAN KEJAM DI SIBU, SARAWAK

 Tragedi berdarah di Sungai Empawah Khamis lepas yang menyaksikan tiga sekeluarga mati dibunuh, dipercayai oleh tiga warga Indonesia, adalah berpunca daripada satu pergaduhan yang bertukar menjadi ganas antara seorang majikan dengan pekerjanya, dan bukan rompakan bersenjata seperti dikatakan berlaku sebelum ini.

Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata seorang daripada mangsa, Tiong Tang Ming, 69, mengupah tiga lelaki berusia lingkungan 20-an untuk menoreh di ladang getahnya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu diketuai pengerusinya, Datuk Sri Wong Soon Koh yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut kes itu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Dalam insiden 7.30 malam itu, ketiga-tiga penyerang, dipercayai pendatang asing tanpa izin yang berhasrat pulang ke negara asal, menyerang Tang selepas dia dikatakan enggan membayar gaji mereka.

Mangsa terbunuh bersama anak lelakinya, Tiong King, 35, dan menantu Teu Lee Mee, 32, yang ingin membantunya.

Bagaimanapun, isteri Tang, Peh Kim Eng yang berusia 50-an, terselamat apabila dia pura-pura mati selepas ditikam, dan kini dirawat di hospital.

Shafie berkata selepas membunuh mangsa, ketiga-tiga lelaki menggeledah rumah dan melarikan wang tunai serta barang kemas.Dua daripada mereka diberkas polis selepas dikesan menggunakan telefon bimbit mangsa manakala seorang lagi masih bebas.

Sementara itu, Shafie berkata polis sukar menjejak pendatang asing tanpa izin yang bekerja di ladang getah yang terletak jauh di kawasan hutan kerana mereka memasang perangkap berasid di sepanjang jalan menuju ke pondok tempat mereka tinggal.

Beliau berkata maklumat orang ramai diperlukan bagi menangani masalah ini secara efektif.

Wong, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak berkata kabinet negeri itu sering membincangkan masalah keselamatan yang disebabkan kehadiran pendatang asing tanpa izin.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak mengupah mereka kerana ia adalah satu kesalahan serius. - BERNAMA

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*