Panas!..

TIGA SEKELUARGA MATI DI BUNUH DENGAN KEJAM DI SIBU, SARAWAK

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

ANGGOTA polis memeriksa keadaan tiga beranak yang dibunuh kejam oleh suspek warga asing dalam kejadian rompakan di Sibu, Sarawak, semalam

 Baru tiga hari negara dikejutkan dengan perbuatan kejam seorang gadis, dipercayai menikam dan mengelar bayinya yang baru dilahirkan di Ulu Layar, Betong, satu lagi jenayah tidak berperikemanusiaan berlaku di negeri ini malam tadi.

Kali ini tiga sekeluarga dibunuh dengan kejam setelah dihentak dengan lesung batu, ditikam dan dikelar pada leher dengan senjata tajam oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka di Sungai Empawah, dekat sini.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Tiong Tan Ming, 69; anaknya, Tiong King, 35, dan menantu perempuannya, Peu Lee Mee, 32, maut akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Isteri Tan Ming, Peh Kim Eng, 50, yang turut dikelar pada leher dengan parang terselamat setelah berpura-pura mati sebelum melarikan diri ke rumah saudara mereka.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Difahamkan, semasa kejadian, keluarga malang tersebut sedang menikmati makan malam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail ketika dihubungi berkata, berdasarkan keterangan mangsa, pihaknya tidak menolak kemungkinan perompak itu merupakan warga asing.

Sehubungan itu, polis telah melancarkan operasi di penempatan pekerja asing berhampiran lokasi kejadian dan berjaya menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, polis menyiasat secara terperinci termasuk barang-barang mangsa yang disamun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di talian 084-364373 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian Isnin lalu, mayat seorang bayi ditemui dengan kesan kelar pada lehernya dan tikaman di perut sehingga terburai di bilik asrama perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar.

Incoming search terms:

2 comments

  1. o TUHAN, apa mau jadi sama manusia zaman skang ni.. huhu

  2. huhu..kejamnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top