27 RUMAH DI YAN ROSAK TERUK AKIBAT RIBUT

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Gambar Hiasan

 Sebanyak 27 rumah di Kampung Kuala Sedaka di Yan dekat sini rosak teruk akibat dilanda ribut yang berlaku dua hari berturut-turut mulai Ahad.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Che Tom Sahar, 73, yang berada di rumah bersama anaknya Rahim Omar, 37, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang Ahad dan ketika itu dia sedang berbaring di ruang tamu.

“Hujan turun dengan lebat dan angin kuat. Guruh dan petir tak berhenti-henti. Tiba-tiba bumbung dapur dan bumbung rumah atas terangkat dan diterbangkan angin.

“Anak mak cik (Rahim) mai angkat mak cik lindung di bawah para dapur,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.

Che Tom berkata, ia merupakan kejadian kedua seumpamanya selepas yang pertama lapan tahun lepas.

Pegawai JKM Daerah Yan, Roslan Ishak, ketika dihubungi berkata, pihaknya telah membuat bancian dan mendapati majoriti daripada 27 rumah yang terlibat mengalami kerosakan pada bumbung. – Bernama

Speak Your Mind

*