Panas!..

CADANGAN MENGGALAKKAN DAFTAR PEMOHON LESEN MEMANDU JADI PENDERMA ORGAN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

 Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan pemohon lesen memandu yang baru supaya mendaftar sebagai penderma organ.

>
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah itu diharap akan membolehkan lebih ramai orang mendaftar sebagai penderma organ.

Pihak kementerian juga berkunjung ke universiti dan kolej untuk menggalakkan golongan muda menjadi penderma organ, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pakar Mata Top Vision di Setia Alam di sini, Sabtu.

Beliau berkata sungguhpun kempen itu berjalan dengan baik, namun masih terdapat keperluan supaya lebih ramai orang tampil menyertai pendermaan organ.

Katanya sunggguhpun kira-kira 170,000 orang telah pun mendaftar sebagai penderma organ, jumlah penderma sebenar dalam setahun adalah kurang daripada 30, dan pada tahun ini ialah kira-kira 33 orang.

Mengenai program penjagaan mata negara, beliau berkata pada masa ini terdapat 350 pakar mata di Malaysia, 182 daripada jumlah itu bekerja dengan kementerian berkenaan.

“Kami sudah mempunyai nisbah 1 pakar mata bagi setiap 75,000 penduduk, berbanding sasaran norma iaitu 1:100,000. Lagi pun, setiap tahun kami mengambil 40 doktor untuk mengikuti program Sarjana dalam bidang oftalmologi di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), USM (Universiti Sains Malaysia) dan UM (Universiti Malaya),” katanya.

Liow berkata dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan oftalmologi di kesemua 40 hospital pakar utama di Kementerian Kesihatan, kementerian itu turut memperluaskan perkhidmatan sub-kepakaran dalam pembedahan glaukoma dan vitreo-retinal di 14 pusat pengajian perubatan dan hospital kerajaan di negara ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

“Kesemua ini akan menyediakan akses yang lebih baik kepada penjagaan mata khusus bagi penduduk,” katanya.

Mengenai punca utama buta di Malaysia, Liow berkata ia masih diakibatkan oleh katarak, bagaimanapun jumlah kes glaukoma dan penyakit mata pesakit kencing manis semakin meningkat.

“Saya bimbang dengan situasi penyakit kencing manis di negara ini yang mencatatkan peningkatan pada kadar eksponen, dan bukan pada kadar yang normal,” katanya sambil menambah berikutan itu, kementerian terpaksa mengambil tindakan segera untuk mengurangkan penggunaan gula di negara ini.

“Saya harap kempen kita akan berhasil bagi mengurangkan kadar penyakit kencing manis dalam negara kerana penyakit kencing manis menyebabkan banyak masalah mata atau pun buta,” katanya.

Liow berkata kementeriannya telah menyusun pelbagai program bagi pesakit kencing manis termasuk memantau makanan yang dimakan untuk mengelak kerosakan yang semakin teruk pada organ mereka, termasuk mata. - BERNAMA

Incoming search terms:

One comment

  1. alamak aku kena jaga makan ni,hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top