KERANA DIKATAKAN GEMUK, KAMAL ADLI TAK MAKAN NASI 4 BULAN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

FotoBIARPUN kisah percintaannya lebih mendapat perhatian, namun, pelakon kacak Kamal Adli tidak pernah hilang fokus. Bagi ‘hero filem’ meningkat naik ini, peribadi dan karier dua perkara berbeza untuk dinilai dengan baik oleh peminatnya.

Apa yang pasti, Kamal mengharapkan perjalanan karier seni yang menonjol.

Ini kerana, dia mahu peminat lebih mengenalinya daripada hasil kerja berbanding kisah peribadi. Ujarnya, soal cinta, cukuplah peminat tahu dengan siapa dia berkasih.

Selebihnya, fokus utama adalah pada karier lakonan. Justeru, penekanan sangat diberikan terhadap penampilannya. Malah, Kamal akui berasa tercabar dengan teguran Ahmad Idham yang memaklumkan tidak mahu mengambilnya berlakon filem kalau dia gemuk.

“Berat badan saya naik mendadak dan sangat ketara ketika berlakon drama Ana Lulu. Oleh itu, sebaik Ahmad Idham menegur mengenainya, saya nekad menurunkan berat badan. Saya tak makan nasi selama empat bulan dan nampaknya, berhasil.

“Saya mula tak makan nasi langsung pada Ramadan lalu. Saya bulatkan tekad dalam diri kerana muak dengan pertanyaan orang ramai yang asyik persoalkan kenapa saya sudah gemuk. Tak dapat dinafikan, berat badan saya ketika itu adalah 83 kilogram (kg).

“Sekiranya tidak menyahut cabaran itu, saya yakin berat pasti bertambah lagi.
Jika badan makin gemuk, tidak gunalah saya merangkul status Hero Remaja 2007/2008. Jadi, saya harus berusaha pakejkan semula bentuk badan ini seperti dulu.

“Kini, saya gembira kerana usaha dilakukan sudah mencapai sasaran dan berhasil seperti yang diharapkan. Saya berjaya memperoleh berat badan terdahulu iaitu 75 kilogram (kg) Penurunan berat sebanyak lapan kg ini, diakui amat bermakna.

“Bukan mudah melakukannya kerana saya berasa cukup tercabar sewaktu meninggalkan nasi pada minggu pertama. Ia amat menyeksakan dan saya hampir tak boleh buat. Namun, saya ingatkan diri bahawa diet penting untuk kesihatan,” katanya.

Menurut Kamal, walaupun dia tidak makan walau sebiji nasi tetapi amalan pemakanan sihat diutamakan. Ujarnya, pengambilan hidangan makanan harian dipastikan mencukupi zat dan protein untuk badan. Ini penting supaya tenaga sentiasa ada.

“Diet diamalkan memang sihat kerana saya juga bersukan dengan bermain futsal dan boling padang, tiga kali seminggu. Lagi pun, saya memang seorang kaki sukan kerana segala aktiviti sihat yang dibuat itu untuk keluarkan peluh dalam badan.

“Saya juga tak mengambil sebarang pil atau mengikuti jadual bersenam di gimnasium. Saya mahu kurus secara semula jadi dan sihat. Maka, sekarang baru saya percaya dengan kebenaran boleh kurus tanpa perlu makan nasi.

“Cuma, harus kuatkan semangat untuk mengatasi godaan menjamah nasi walau pun sesuap. Memandangkan nasi adalah makanan sajian utama harian masyarakat di negara ini, tepuk dada tanya selera. Kalau memang mahu peroleh berat
badan menarik, perlu nekad.

“Apapun, disebabkan tujuan saya untuk mendapatkan berat badan yang sesuai sudah berhasil, maka nasi akan dimakan semula selepas ini. Tetapi, diambil pada jumlah yang sedikit. Saya akan memberikan tumpuan pada makanan seperti sayuran dan buah-buahan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Harus utamakan makanan yang banyak vitamin supaya ketahanan badan sentiasa kekal. Selain makanan, saya juga akan kekal bersukan seperti diamalkan sekarang. Kini, tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain sudah kembali kurus,” katanya.

Berbicara pula mengenai kariernya, Kamal berkata biarpun permulaannya dalam bidang seni menerusi pengacaraan tetapi sekarang tak dinafikan, rezeki berlakon lebih murah. Kamal juga mengikat kontrak sebagai residen artis MIG Productions Sdn Bhd.

Menurut Kamal, hampir tiga tahun membina nama dan tapak dalam industri seni tanah air, dia bersyukur perjalanan kariernya tidak berliku. Katanya, setakat ini semua berjalan lancar seperti diharapkan. Malah, banyak peluang sudah diperolehnya.

Cabaran karakter ustaz dalam Assalamualaikum Cinta

SEHINGGA hujung tahun ini, Kamal memaklumkan dia membintangi lima filem. Malah, yang terbaru pastinya Assalamualaikum Cinta arahan Azhari Zain yang turut diterbitkan MIG Productions. Dalam filem terbaru ini, Kamal melakonkan watak ustaz.

Menurut Kamal, karakter itu satu cabaran besar kepadanya kerana ‘ustaz’ adalah tokoh agama. Justeru, katanya, memandangkan situasi diri yang terdedah dengan kehidupan bersosial, maka dia harus berusaha gigih merealisasikan watak itu sebaik mungkin.

“Saya sukakan cabaran dan watak ini pula cukup berat. Apa yang pasti, saya akan berusaha melakonkannya dengan baik mengikut kemampuan diri. Selain itu, filem ini juga bergenre komedi romantik yang sekali gus mempelbagaikan watak pernah saya lakonkan.

“Jadi, bagi lima filem yang sudah dibintangi untuk tahun ini saya melakonkan watak komedi, serius, aksi dan kisah cinta yang memerlukan saya peka mengenai kehendak skrip. Malah, penghayatan watak juga berbeza dan harus difahami dengan baik.

“Apapun, bekerja dengan pengarah seperti Azhari, kami akan sentiasa berbincang. Bahkan, saya bergandingan dengan Diana Amir yang kini bertudung sebagai heroin,” katanya memaklumkan pelakon lain Mon Ryanti, Fyza Kadir, Razak Ahmad dan Kay Maria.

Melihatkan Kamal yang sentiasa menunjukkan peningkatan dalam lakonannya, apakah dia kini berusaha ke arah untuk menggeng�gam anugerah yang mengiktiraf bakatnya, Kamal berkata semua pelakon sepertinya memang menyimpan impian untuk meraih anugerah.

Namun, katanya dia masih terlalu baru dalam bidang lakonan dan banyak yang harus dipelajari serta diperbaiki lagi. Bagaimanapun, untuk menjadi pelakon yang hebat, adalah wajar untuknya mendapat peluang beraksi dengan individu
terbaik dan berpengalaman.

“Setiap pelakon ada peluang untuk mereka meraih anugerah. Jadi, jika mahu impian mendapat pengiktirafan menjadikan kenyataan, perlulah sentiasa meningkatkan usaha. Malah, harus berani menyahut cabaran untuk menonjolkan
lakonan berkesan,” katanya.

PROFIL:

NAMA: Ahmad Kamal Ahmad Adli
TARIKH LAHIR: 16 April 1986
UMUR: 25 tahun
ASAL: Pekan, Pahang
KARIER: Pelakon, pengacara
KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Jurusan Penyiaran di Akademi TV3

FILEM: Antaranya Assalamualaikum Cinta, Senario The Movie Ops Pocot, Senjakala, Kembar Siang, Gerimis Mengundang, 3 Temujanji, Pusaka, Senjakala dan Niyang Rapik

DRAMA: Antaranya Impian Sunsilk musim pertama dan kedua, Renjis 2, Bio-Nik, Zati & Mawas, Syah Jihan, Ana Lulu, Aku Ada Kau Ada dan Gemilang

PROGRAM TV: Rentak Juara 2008 di RTM1 dan Pandanganku, Ceritaku di Astro Ria

PENCAPAIAN: Juara Hero Remaja 2007/2008

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*