RESEPI DARI DAPUR: KEK YOUGURT STRAWBERI

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Bahan-bahan:

175 gm mentega
175 gm gula kastor
3 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
2 cawan yogurt strawberi
1 sudu kecil esen strawberi
Sedikit pewarna merah

Cara menyediakan:

1.  Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

2.  Masukkan esen strawberi dan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.

3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang-seli dengan yogurt strawberi.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

4.  Kemudian kaupkan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu hingga sebati.

5.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

6.  Bahagian pertama dimasukkan pewarna merah dan dikacau hingga sebati.

7.  Manakala bahagian kedua pula dibiarkan bewarna putih.

8.  Tuangkan sesenduk adunan merah jambu di tengah-tengah loyang pembakar bulat yang sudah digriskan.

9.  Tuangkan pula sesenduk adunan putih ke atas adunan merah jambu.

10. Ulang dengan adunan merah jambu berselang-seli dengan adunan putih hingga habis kesemua adunan.

11. Bakar selama 35 hingga 40 minit pada suhu 160 darjah Celsius.

12. Apabila masak, sejukkan kek sebelum dihias mengikut cita rasa anda.

Sumber: sajionline

Incoming search terms:

Comments

  1. Yummy!!! Sedapnyer!

Speak Your Mind

*