Panas!..

TAWARAN URUTAN PING PONG OLEH GADIS GENIT

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

urutSERI KEMBANGAN – Berselindung di sebalik perkhidmatan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan, sebuah premis di Taman Sungai Besi Indah, di sini dikesan menjalankan urut ‘ping pong’ kepada pengunjung yang kemaruk mendapatkan belaian gadis genit.

Aktiviti tidak bermoral yang bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu itu bagaimanapun lumpuh apabila diserbu pihak berkuasa, petang kelmarin selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Hasan berkata, premis sama sudah lebih tiga kali diserbu selepas didapati tidak mempunyai permit operasi.

Menurutnya, sitaan dan rampasan barang di pusat itu sudah beberapa kali dibuat, namun pengusaha tetap berdegil seolah-olah mencabar pihak berkuasa.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Tujuh anggota menyerbu premis pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan diketuai Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd.

“Pemeriksaan mendapati empat wanita warga Thailand leka menunggu pelanggan, terdapat papan tanda pusat urut tradisional di luar premis, namun mereka dipercayai menjalankan aktiviti itu dalam bilik-bilik kecil,” katanya.

Dalam operasi yang turut disertai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis ditahan.

Mazrul berkata, pengu­saha dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Kecil UUK 3 Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Katanya, peralatan dalam kedai turut dirampas, pengu­saha berdepan tindakan denda maksimum RM1,000.

“Pengusaha turut berdepan tindakan di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah,” katanya.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top