10 GAMBAR RIBUT TAUFAN WASHI YANG MELANDA PULAU MINDANAO, FILIPINA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

ANGGOTA polis dan penyelamat mengumpul mayat dari kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur selepas ribut Washi melanda bandar Cagayan de Oro, Filipina semalam.

MANILA, Filipina – Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.

Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Leopoldo Galon memberitahu pemberita sebanyak 97 mayat ditemui di sebuah pelabuhan utama di Pulau Mindanao, Cagayan de Oro manakala 75 lagi ditemui di pelabuhan selatan berdekatan bandar Iligan yang merupakan antara kawasan berlakunya banyak kematian.

Katanya, seramai 375 orang dilaporkan hilang di dua kawasan tersebut.

SEORANG wanita mendakap mayat anaknya yang mati dalam bencana banjir yang melanda sebuah kampung di bandar Iligan, selatan Mindanao semalam.

Galon berkata, tentera menggunakan trak, bot dan helikopter untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Cagayan de Oro.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pegawai tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang berkata, seramai 15 orang yang dihanyutkan ke laut di Iligan berjaya diselamatkan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Ribut Washi yang melanda pantai timur Mindanao kelmarin turut menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan lima orang manakala tiga lagi lemas di bandar Polanco, selatan Filipina.

Jabatan kaji cuaca negeri melaporkan, ribut tersebut diramalkan bergerak ke Pulau Palawan, barat Filipina selepas ia menyeberangi Laut Sulu dengan tipuan angin selaju 75 kilometer sejam.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*