KEMALANGAN BAS PELANCONG BRUNEI DI JALAN TAMPARULI-RANAU: 7 KEMATIAN SETAKAT INI

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

KOTA KINABALU 21 Dis. – Seorang lagi mangsa kemalangan jalan raya membabitkan bas ekspres di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau, Tuaran, semalam, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Awang Tarsad Damit, 58, merupakan warga Brunei ketujuh yang maut dalam nahas itu selepas dilaporkan kritikal sejak dimasukkan ke hospital itu semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, kesemua mangsa yang maut ialah Abdul Manan Ishak, 50; Pengiran Zahama Zainal, 61; Dayang Norhayati Abdul Hadi, 61; Noor Faridah Husin, 61; Abdul Ghani Muhammad, 66, dan Hasnah Yusof, 62.

Beliau berkata, seramai 13 penumpang bas itu yang cedera ringan dan telah menerima rawatan di Hospital Tuaran, dihantar pulang ke negara asal menggunakan pesawat tentera Brunei hari ini.

Diet Plan Malaysia
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

“Selebihnya masih lagi dirawat di Hospital Tuaran dan QEH. Mangsa yang cedera masih trauma akibat kemalangan dan kita akan ambil keterangan mereka selepas ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

Kok Liang berkata, pihaknya juga belum mengambil kenyataan pemandu pertama bas itu yang berusia 38 tahun dan pemandu gantiannya berusia 29 tahun kerana masih menerima rawatan lanjut.

“Kita tidak mahu mengganggu mereka kerana masih dirawat dan mengalami trauma. Biarlah mereka berehat dahulu,” ujarnya.

Beliau menambah, bas ekspres yang boleh memuatkan seramai 44 penumpang dalam satu masa itu akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk diperiksa.

Semalam, enam pelancong warga Brunei maut manakala enam lagi parah selepas bas ekspres yang mereka naiki membawa 33 penumpang dari negara jiran itu hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau, Tuaran.

Dalam pada itu, Kok Lian meminta saksi kemalangan tersebut supaya tampil bagi membantu siasatan dan mereka boleh menghubungi balai polis terdekat di kawasan masing-masing.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*