Panas!..

KISAH CINTA SHILA AMZAH DAN SHARNAZ AHMAD?

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2011: Penyanyi, Shila Amzah, 21, akui sedang mengenali hati budi pelakon Sharnaz Ahmad atau Sharnaz Basir Ahmad, 26, yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan gosip bersama.

Bukan hendak menafikan hubungan cintanya dengan jejaka tersebut, tetapi pelatun lagu Patah Seribu itu berkata, hubungan mereka masih diperingkat awal untuk dikategorikan sebagai bercinta.

“Saya benar-benar mula mengenali Sharnaz dan berkawan dengannya sejak dia berlakon dalam klip video single, Patah Seribu, Julai lalu.

“Apa yang boleh saya katakan, kami kini memang berkawan rapat dan ketika ini adalah peringkat untuk kami mengenali hati budi masing-masing.

“Saya suka berkawan dengannya kerana kami senang dan selesa untuk berbicara apa sahaja. Saya dapati juga kami serasi dan ngam apatah lagi dia seorang yang pandai membawa diri dalam apa jua situasi.

“Namun saya tak rasa kami akan pergi jauh dalam masa terdekat, kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Lagipun terlalu sukar untuk mengungkap kata cinta itu kerana ianya akan datang sekali dengan komitmen. Terus-terang buat masa sekarang saya belum bersedia untuk memberikan komitmen itu,” katanya ketika dihubungi

Bagaimanapun, Shila Amzah berkata dia tidak menolak jika pada masa akan datang, dia ditakdirkan untuk mempunyai hubungan serius iaitu bercinta dengan jejaka tersebut.

“Sebenarnya selepas bekerjasama menjayakan klip video Patah Seribu, kami tidak lagi berjumpa sehinggalah kami dipertemukan kembali ketika Anugerah Skrin 2011 yang lalu.

“Kebetulan pula, kami lalu di karpet merah secara serentak dan seiringan. Masing-masing pula memakai pakaian dari tema warna yang sama iaitu unggu.

“Kami tak merancang untuk memilih warna baju yang sama. Tapi bila saya tanya kepadanya mengapa memilih unggu, rupa-rupanya warna tersebut adalah warna kegemarannya.

“Saya sudah dapat mengagak, orang atau pihak media sudah mula membuat andaian yang kami ada hubungan cinta walaupun hakikatnya tidak.

“Namun kita tidak boleh menjangka dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

“Tapi apa-apa pun biarlah saya ambil masa untuk mengenalinya luar dan dalam sebelum meneruskan hubungan cinta yang serius ,” tambahnya lagi.

Selepas Anugerah Skrin 2011, pasangan dua sejoli itu kemudiannya turut tampil berpasangan ketika majlis Fun Fearless and Fabulous anjuran majalah fesyen dan gaya hidup Cosmopolitan, baru-baru ini.

Shila Amzah kini sedang dalam proses untuk menyiapakn album studio penuh miliknya yang dijangka lahir pada Mac tahun hadapan.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top