Panas!..

PEMBAHARUAN PASSPORT SECARA ONLINE

PUTRAJAYA 1 Dis. – Orang ramai kini boleh memperbaharui pasport dan membuat bayaran secara dalam talian menerusi laman web MyOnline Pasport.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, ia merupakan satu kemudahan hasil inovasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen dalam memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai.

”Dengan adanya sistem ini secara tidak langsung orang ramai tidak perlu lagi datang ke kaunter untuk memperbaharui pasport dan ini dapat menjimatkan masa,” kata ketika berucap pada majlis sambutan Hari Imigresen ke-13 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Menurutnya, projek MyOnline Pasport telah merangkul johan pada pertandingan Hari Inovasi 2011 baru-baru ini.

”Inisiatif tersebut selaras dengan perubahan cara hidup rakyat Malaysia yang lebih pantas selari dengan perubahan globalisasi dan berteknologi tinggi seiring peningkatan tahap ekonomi 29 juta rakyat Malaysia,” katanya.

Mereka yang mahu memperbaharui pasport secara atas talian boleh melayari lamanwww.imi.gov.my.


Incoming search terms:

2 comments

  1. MUHAMMAD KHAIRI BIN HASSAN

    A21164774MYSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Scroll To Top