Panas!..

PENGAWAL TEMBAK MATI PEROMPAK BANK

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

Gambar Hiasan, tiada kaitan dengan artikel

KUALA LUMPUR 13 Dis. – “Seorang perompak mengarahkan pegawai bank memasukkan wang dalam beg galas.

“Pelanggan dan beberapa kakitangan lain dalam bank pula menundukkan kepala dan ada yang menangis sebab takut. Suasana masa rompakan memang macam dalam filem,” kata seorang ahli perniagaan, Mohd. Ayuhamdi Md. Hamdani, 25, menceritakan pengalaman menyaksikan insiden rompakan berlaku di sebuah bank di Taman Muda, Pandan Indah, Ampang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang perompak berusia lingkungan 30-an mati ditembak oleh pengawal keselamatan semasa cuba melarikan diri bersama wang tunai berjumlah RM253,000.

Menurut Mohd. Ayuhamdi, dia seolah-olah tidak percaya melihat dengan mata sendiri rompakan yang berlaku di bank tersebut.

“Macam adegan dalam filem. Saya nampak tiba-tiba orang berlari keluar dari bank dan saya nampak seorang lelaki memakai topi keledar, pakai sarung tangan hitam masuk ke dalam kaunter bank bersama sebuah beg galas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Mohd. Ayuhamdi, dia juga melihat bagaimana suspek yang lengkap memakai sarung tangan berwarna hitam ditembak oleh pengawal keselamatan bank dalam jarak 50 meter.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Sebelum itu, katanya, suspek sempat membawa beg galas berisi wang dari kaunter tetapi tidak sempat melarikan diri apabila dia ditembak oleh pengawal keselamatan bank yang berada di sebalik tiang dalam bank.

Mohd. Ayuhamdi berkata, dia melihat topi keledar suspek tertanggal dari kepala, manakala darah membuak-buak keluar di kepalanya sebelum dia rebah di atas lantai.

Seorang lagi saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Phan, 50, berkata, dia ternampak seorang lelaki dipercayai rakan suspek duduk menunggu di atas motosikal di luar bank berkenaan.

“Sebaik sahaja terdengar bunyi tembakan, lelaki itu terus lari meninggalkan bank tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, insiden rompakan itu berlaku dalam tempoh 10 minit.

Beliau berkata, suspek berusia 30-an yang terbunuh telah melompat masuk ke dalam kaunter dan mengugut juruwang bank agar memasukkan wang ke dalam beg galas yang dibawa.

“Suspek mati ditempat kejadian akibat cedera parah ditembak di kepala, manakala 20 orang pelanggan dan 12 orang kakitangan bank tidak mengalami kecederaan.

“Kita akan siasat bagaimana suspek masuk ke dalam bank dengan melihat rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian,” katanya sambil memberitahu setakat ini, polis belum menemui sebarang identiti pengenalan diri lelaki berkenaan.

Amiruddin berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian, menemui wang RM253,000 dalam beg galas dan sepucuk pistol jenis Styer dipercayai digunakan oleh suspek dalam rompakan tersebut.

Incoming search terms:

One comment

  1. Bravo to the security man :) Good job!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top