PURATA JANGKA HAYAT LELAKI 71.9 TAHUN, WANITA 77 TAHUN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

PUTRAJAYA 22 Dis. – Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing meningkat daripada 70 tahun dan 74.7 tahun pada 2000 kepada 71.9 tahun dan 77 tahun pada 2010.

Ketua Perangkawan, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun).

”Indikator demografi menunjukkan bahawa 475,816 bayi dilahirkan pada 2010 berbanding 129,327 yang mati pada tahun sama, ini bermakna pertambahan semula jadi penduduk Malaysia adalah seramai 346,489 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, kadar kesuburan atau kelahiran anak oleh pasangan di Malaysia telah merosot daripada purata tiga orang anak pada 2000 kepada 2.2 orang anak pada tahun 2010.

”Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak).

”Antara faktor yang menyumbang kepada trend ini adalah peningkatan jumlah wanita yang bekerja, wanita tersebut juga boleh membuat keputusan untuk menentukan saiz keluarga mereka dengan menggunakan teknologi (mencegah kehamilan) yang ada,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal dalam kawasan PBT berbanding 89 peratus pada tahun 2000.

”Daripadanya, 67.5 peratus penduduk terdiri daripada kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun berbanding 63.1 peratus pada tahun 2000.

”Bagi kumpulan umur melebihi 64 tahun, saiz penduduk ialah lima peratus dan umur kosong hingga 14 tahun sebanyak 27.5 peratus,” katanya.

Mengulas isu berkaitan, Nor Mohamed berkata, Malaysia belum lagi mencapai tahap negara tua kerana hanya kira-kira lima peratus daripada rakyat berumur 65 tahun ke atas berbanding standard antarabangsa untuk negara tua iaitu tujuh peratus.

”Populasi Malaysia masih muda dan peratusan yang tergolong dalam kumpulan produktif adalah tinggi,” katanya.

Speak Your Mind

*